Connect with us

Oh! Media

“Makanan Semua Dah Hidang” – Gadis Terkilan Tetamu Tidak Muncul Ke Jemputan Rumah Terbuka Hari Raya

Trending

“Makanan Semua Dah Hidang” – Gadis Terkilan Tetamu Tidak Muncul Ke Jemputan Rumah Terbuka Hari Raya

Semalam genap sebulan kita menyambut Hari Raya Aidilfitri dalam bulan syawal. Macam mana dengan sambutan raya korang tahun ini? Mesti seronok kan lagi-lagi bila dah boleh berkunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat andai.

ADVERTISEMENT

Sudah pasti, ramai saudara-mara dan kenalan korang yang membuat jamuan serta rumah terbuka sempena perayaan tahun ini. Sebagai tanda menghargai jemputan itu, sudah pasti kita akan menghadiri untuk menikmati jamuan yang disediakan oleh tuan rumah.

BACA: “Ada Banyak Nyawa Oii..” – Netizen Kecam Pemandu Van Sekolah Selamba Langgar Lampu Merah

Tuan rumah tunggu sehingga pukul 7 malam tetapi tetamu tidak muncul

Namun di TikTok, tular pula video yang dimuat naik Syiratul menunjukkan situasi berbeza yang dihadapi keluarganya.

Video yang dimuatnaik itu memaparkan keadaan ibu dan ayahnya yang sudah siap sedia untuk menerima tetamu bagi jamuan hari raya di rumah mereka.

@prncessyirat

Datang ke tak pun tak tahu la berapa jam dah tunggu, i mati mati igt dorg dah balik 🙁

♬ original sound – PandaGuy

Dapat dilihat wajah sugul terpancar di wajah kedua ibu bapa gadis ini yang menunggu tetamu mereka tetapi tidak kunjung tiba. Dapat juga dilihat pelbagai jenis makanan telah disediakan di atas meja.

Difahamkan, mereka menjemput tetamu untuk hadir jam 1 petang namun sehingga ke jam 7 petang, tetamu mereka itu masih belum menghadirkan diri.

Dari pukul 1 tadi tunggu tetamu tak muncul muncul, kesian ibu dan ayah saya. Sekarang sudah jam 7 malam. Makanan semua dah dihidang, kuih dan gula gula pun dah diisi.

Tetamu rupanya saudara di sebelah bapa

Menerusi video yang lain, Syiratul mendedahkan bahawa tetamu yang sepatutnya hadir pada jamuan hari raya tersebut merupakan saudara di sebelah bapanya namun tiada seorang pon yang menghadirkan diri.

@prncessyirat Reply to @nuhmuhdasif ♬ DJ Senyumanmu Membuatku Tersenyum Malu – Yudha Paramata

Kesian ayah awak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kesian mereka terhadap ibu bapa Syiratul selepas tetamu mereka tidak muncul-mucul walaupun pelbagai makanan sudah disediakan.

Kesian keluarga Syiratul, pelbagai makanan dah disediakan tetapi tetamu tidak kunjung tiba. Sekiranya banyak rumah untuk dihadiri, sekurang-kurangnya hadirlah walaupun sekejap bagi menghargai tuan rumah.

Kredit: TikTok prncessyirat

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas