Oh! Tidak
Lompat Dari Tingkat Tiga Di Pusat Beli-Belah, Remaja Selamat Kerana Mendarat Atas Katil
Seorang remaja yang berusia 17 tahun telah lompat dari tingkat tiga di sebuah pusat membeli-belah di Solo Paragon Mall, Indonesia.
Menerusi laporan Detik, difahamkan, remaja itu menghadapi penyakit bipolar iaitu penyakit kecelaruan jiwa yang menyebabkan seseorang mengalami perubahan emosi secara ekstrem.
Kejadian berlaku ketika remaja itu sedang berjalan-jalan bersama gurunya di pusat membeli belah selepas selesai menunaikan solat jumaat.
Remaja tersebut dikatakan selamat kerana ketika jatuh daripada tingkat tiga itu, dia telah mendarat di salah sebuah katil yang dipamerkan di situ.
Gurunya berkata, remaja itu menghidapi bipolar dan perlu bergantung pada ubat. Dalam pada itu dia mendakwa kejadian itu berlaku kerana remaja tersebut terlambat untuk memakan ubatnya.
Hasil siasatan mendapati remaja itu selamat, malah dia masih boleh bercerita tentang kejadian yang berlaku itu kepada keluarganya.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM