Connect with us

Oh! Media

“Lepak Rumah Saya Lah” – Viral Video Polis Tahan Gadis Tengah Malam, Ajak Check-In Hotel

Ohmedia polis Gatal 2

Oh! Tidak

“Lepak Rumah Saya Lah” – Viral Video Polis Tahan Gadis Tengah Malam, Ajak Check-In Hotel

Tular video polis tahan gadis malam-malam dan ajak check-in hotel. Bila buat ‘report’, ini yang jadi!

Baru-baru ini, tular satu video di platform X menunjukkan seorang gadis ditahan oleh anggota polis ketika menunggang motosikal pada waktu malam.

Namun, apa yang berlaku selepas itu langsung tak disangka. Dalam rakaman yang dimuat naik, polis berkenaan didakwa mengajaknya ‘lepak’ di rumah atau ‘check in‘ hotel.

Tular video polis ajak ‘check in’ hotel

https://twitter.com/kamaghul/status/1933770340410482765?s=46

Dia turut bertanya di mana dan dengan siapa gadis itu tinggal. Berasa tidak selesa, gadis itu memberi alasan bekerja pada esok hari.

IKLAN

Tetapi, polis itu tidak berputus asa dan memujuknya untuk ‘lepak’ sekejap. Ini jelas menunjukkan unsur gangguan dan penyalahgunaan kuasa yang sangat membimbangkan.

Gadis trauma, buat laporan tapi ini pula responnya…

Polis

Gadis itu dipercayai merakam kejadian itu secara senyap dan mahu menjadikannya bukti untuk membuat laporan polis. Tapi lebih menyedihkan, aduannya tidak dipandang serius.

Aku tak jadi buat report.. polis sentiasa cover polis. Sakit pula hati.. pastu nak cakap ‘selalu pergi club kan? normal lah laki ajak check–in.

Tambah mengecewakan, gadis tersebut mendakwa dia dituduh merakam video tersebut semata-mata untuk meraih perhatian di media sosial.

Pssttt! Kecewa pula dengan respon pegawai tempat laporan polis dibuat tu kan? Sepatutnya kes disiasat bukannya menuduh mangsa yang bukan-bukan.

Kredit: X
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas