Trending
Laporan Polis Tersebar, Nama Selebriti Didakwa Terlibat Kes Amang Seksual Akhirnya Didedahkan?
Tular dakwaan seorang selebriti lelaki terkenal ditangkap kerana amang seksual terhadap remaja 17 tahun. Netizen mula membuat spekulasi!
Satu tangkap layar yang didakwa laporan polis berkaitan kes amang seksual terhadap seorang gadis bawah umur kini menjadi bahan bualan hangat di media sosial.
Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, ramai netizen menyebarkan semula laporan tersebut yang dikatakan melibatkan seorang selebriti lelaki terkenal.


Apa yang mengejutkan, laporan itu memaparkan secara jelas nama individu terbabit, sekaligus mencetuskan gelombang spekulasi dan perdebatan hebat dalam kalangan warganet.
Pelakon dan penyanyi popular ditahan

Difahamkan, selebriti berkenaan telah ditangkap sebelum ini selepas didakwa melakukan perbuatan sumbang terhadap mangsa berumur 17 tahun di sebuah hotel di Petaling Jaya. Mangsa dipercayai membuat laporan polis sejurus kejadian berlaku.
Sehingga kini, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan identiti pelaku, namun netizen mula meneka dan mengaitkan nama selebriti tertentu berdasarkan perincian yang tular.
Netizen berbelah bahagi, tak percaya tapi tergamam

Kalau korang tengok ruangan komen, ada yang tidak percaya selebriti tersebut mampu melakukan jenayah sekejam itu, manakala segelintir pula menuntut agar siasatan dibuat secara telus tanpa pilih kasih.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM