Connect with us

Oh! Media

Niat Tak Kesampaian, Lelaki Cuba Samun Maut Terkena Sabit Sendiri

Trending

Niat Tak Kesampaian, Lelaki Cuba Samun Maut Terkena Sabit Sendiri

Niat tak kesampaian, seorang lelaki warga asing maut selepas terkena sabit yang digunakan untuk menyamun dan menyerang mangsa.

ADVERTISEMENT

BACA : Kantoi Berkhalwat Dengan Isteri Orang, Duda Maut Jatuh Tingkat 4

Menurut laporan Astro Awani, kejadian berlaku di sebuah premis di Taman Perindustrian Kepong pada Ahad lepas dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed.

Pada awalnya, suspek mendekati mangsa yang juga merupakan seorang warga emas sebelum berbual dan terus menyerang dengan menetak mangsa menggunakan sabit.

Mangsa kemudiannya mengambil kerusi plastik untuk mempertahankan diri, namun dalam masa yang sama senjata yang digunakan suspek telah terkena pada bahagian paha kiri suspek.

Kemudian, suspek terus berlari ke arah luar premis sebelum rebah atas jalan dan disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara mangsa berumur 48 tahun yang turut mengalami kecederaan parah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan kemudiannya turut disahkan meninggal dunia.

Kes ini disiasat Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan telah dianggap selesai selepas kedua-dua mereka meninggal dunia.

Kesian mangsa yang tak bersalah tu. Hati-hati gais walau dimana pun korang berada. 

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas