Connect with us

Oh! Media

Lelaki Meninggal Dunia Selepas Diperas Ugut Polis, Dua Anggota Ditahan

Ohmedia ketua polis balai kena tangkap

Oh! Tidak

Lelaki Meninggal Dunia Selepas Diperas Ugut Polis, Dua Anggota Ditahan

Lelaki ditemui mati selepas diperas ugut polis di Baling, dua anggota ditahan.

Tular di media sosial laporan mendakwa seorang lelaki meninggal dunia selepas diperas ugut anggota polis.

Dalam laporan yang dibuat ibu mangsa, anak lelakinya yang berusia 32 tahun pulang ke rumah dan mengadu ditahan polis yang menaiki motosikal.

Mangsa meninggal dunia secara mengejut

Anak lelakinya mendakwa, polis telah merampas telefon bimbit dan meminta wang RM200 untuk menebus semula telefon bimbit tersebut.

IKLAN

Ketika dalam perjalanan untuk menghantar wang, ibu mangsa mendakwa anaknya tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri.

Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Parit Panjang, Baling Kedah yang tiba di lokasi kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Polis

Polis yang bertindak atas maklumat awal pergi ke rumah si mati dan hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan pada badan mangsa serta tiada unsur jenayah.

Bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, mengesahkan punca kematian adalah serangan jantung secara mendadak.

Memetik laporan Kosmo!, Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Md. Ali, memaklumkan dua anggota polis ditahan bagi membantu siasatan kes pemerasan tersebut.

Jelasnya, penahanan dibuat selepas laporan diterima daripada ibu mangsa berusia 74 tahun kira-kira pukul 1.15 pagi, Sabtu lalu.

Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan dua anggota polis direman dua hari bagi membantu siasatan.

Hasil semakan juga mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian urin adalah negatif.

Tambahnya, kertas siasatan tatatertib turut dibuka dan siasatan terperinci akan dilakukan untuk memastikan keadilan.

Pssttt! Tragedi ini benar-benar mengejutkan kerana melibatkan individu yang sepatutnya melindungi masyarakat. Walaupun punca kematian mangsa disahkan akibat serangan jantung, tuduhan pemerasan tidak boleh dipandang ringan. Oh! Media berharap siasatan dijalankan secara telus agar keadilan dapat ditegakkan.

Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas