Connect with us
lelaki

Oh! Tidak

Lelaki Kantoi ‘Skodeng’ Wanita Dalam Tandas Awam, Sempat Rakam Mangsa Buang Air

Baru-baru ini, seorang wanita mendakwa dia diganggu oleh seorang lelaki yang merakam dirinya ketika sedang membuang air kecil di tandas awam.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di TikTok, kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 8.40 pagi pada 12 Ogos lalu di sebuah stesen minyak Jalan Kota menghala ke Johor Bahru.

IKLAN

Difahamkan wanita itu dan suaminya singgah sebentar di stesen minyak berkenaan untuk mengisi angin pada tayar kereta dan ke tandas.

Saya berjalan masuk ke dalam tandas tanpa menyedari yang saya sedang diekori.

Semasa hampir selesai membuang air kecil, saya terdengar ada sesuatu yang terhempas. Kerana terkejut saya terus bangun dan memakai semula seluar.

Tambahan, apabia dia menyedari dirinya diintai dan dirakam, dia mencuba untuk mengejar lelaki berkenaan dengan pertolongan suami dan orang awam.

Apabila saya pandang ke atas saya terkejut melihat tangan berserta telefon bimbit sedang merakam saya.

Saya menjerit meminta tolong dan terus keluar dari tandas apabila menyedari yang merakam saya adalah seorang lelaki, saya terus mengejar lelaki tersebut.

Suami dan orang awam yang mendengar jeritan saya telah membantu saya untuk menahan lelaki tersebut.

Dalam pada itu, wanita itu meminta lelaki tersebut memadam video yang telah dirakam sebelum melaporkan kejadian berkenaan kepada pihak polis.

lelaki

Kerana panik lelaki tersebut segera mengeluarkan telefon bimbit dan memadam rakaman yang di ambil di dalam tandas tadi.

Dalam keadaan marah saya merampas telefon bimbit lelaki tersebut dan menyuruhnya membuka ruangan ‘trash’ dan di situlah saya mendapati ada video rakaman saya.

Suami saya telah menelefon pihak polis dan lelaki tersebut telah pun ditahan untuk siasatan.

Malah, wanita itu memaklumkan dia sangat menghargai pertolongan orang awam yang membantunya dan turut menitipkan nasihat agar golongan wanita lebih berhati-hati ketika di tandas awam.

Terima kasih pada semua yang telah membantu, pesanan saya buat semua wanita pastikan tandas awam itu betul-betul selamat baru guna.

Adalah lebih baik jika kita mengunci pintu utama atau jangan berseorangan demi keselamatan.

BACA: Gadis Dedah Jadi Mangsa Gangguan Seksual Seorang Lelaki Lepas Kenal Dalam Satu Aplikasi

Sebelum ini kami ada kongsikan kisah seorang gadis yang menjadi gangguan seksual seorang lelaki selepas berkenalan di dalam satu aplikasi.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Hai semua! Saya penulis separuh masa di Oh! Media berkaitan isu-isu trending dan hiburan.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas