Connect with us

Oh! Media

Gadis Dedah Jadi Mangsa Gangguan Seksual Seorang Lelaki Lepas Kenal Dalam Satu Aplikasi

untitled design   2

Oh! Tidak

Gadis Dedah Jadi Mangsa Gangguan Seksual Seorang Lelaki Lepas Kenal Dalam Satu Aplikasi

Seorang gadis dedah yang dia pernah kenal seorang lelaki dalam sebuah aplikasi sehingga menjadi mangsa gangguan seksual. Allahu..

Menurut satu hantaran di Twitter, gadis itu berkata yang situasi itu berlaku ketika dia keluar kali pertama selepas berkenalan dalam aplikasi tersebut.

IKLAN
59f5a55e d674 4317 b567 ba5d80504dce

Jika anda berada dalam mana-mana aplikasi temu janji terutamanya **ble, sila berhati-hati dengan seorang lelaki bernama *****. Dia berumur 21 tahun dan belajar di ****. Nombornya ialah *****. Semalam kami sepatutnya berjanji temu (date) tetapi dia fikir dia akan mendapat sesuatu yang lebih. Dia memaksa saya dalam pawagam pada hari pertama!

Bukan tu jer, lelaki berkenaan juga dikatakan cuba untuk meramas payudaranya dan cuba memasukkan tangan berkali-kali ke dalam seluarnya untuk meraba. Teruk betul!

Saya tegas katakan tidak dan tolak tangannya. Dia tetap minta saya untuk menghisap kemaluannya di dalam pawagam! Saya tersangat trauma dengan apa yang dia dah buat. Harap dia dapat pembalasan akibat perbuatannya.

Gadis berkenaan nafi yang pemakaiannya ketika keluar dengan lelaki itu menjadi salah satu punca mengapa lelaki berkenaan bertindak sedemikian.

3df5ec44 ed07 499b bd64 dd347425d2de

Mangsa bakal membuat laporan polis berhubung perkara tersebut tapi hantarannya di Twitter telah dapat perhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan membalas komen.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Penting ke atau korang rasa tak perlu?

♬ original sound – Oh! Media
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas