
Oh! Tidak
Lelaki Kantoi Rakam Bawah Skirt Wanita, Merayu Minta Lepas Bila Kena Cekup
Lelaki muda kantoi rakam bawah skirt isteri orang di stesen MRT, suami berang dan si pelaku merayu-rayu.
Tular di media sosial rakaman video menunjukkan seorang lelaki muda merayu minta dilepaskan apabila dicekup melakukan perkara tidak senonoh.
Menerusi perkongsian di TikTok, lelaki tersebut dipercayai merakam bawah skirt wanita menyebabkan suami mangsa berang.
Nasib baik suami perasan
Suami mangsa segera merampas telefon, mencekup leher dan membawanya berjumpa petugas MRT. Setelah diperiksa, lelaki tersebut memberi alasan tidak sengaja dan hanya merakam sekitar stesen tersebut.
“Uncle please”

Dalam video yang tular, kedengaran lelaki muda itu merayu-rayu sambil berkata, “Uncle please I’m begging,” selepas ditangkap melakukan perbuatan menjijikkan itu.
Suami mangsa bagaimanapun bertegas mahu melaporkan lelaki itu kepada polis.
Pssttt! Sikap jijik segelintir individu seperti ini jelas menunjukkan masih ramai yang tidak hormat wanita di tempat awam. Tindakan pantas si suami patut dijadikan contoh.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
