Zaman sekarang ini, ramai orang yang memerlukan bantuan. Tetapi, ada juga yang mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain.
Seperti perkongsian tular baru-baru ini, seorang pengguna Facebook yang merupakan wakil Adun iaitu Marina Binti Ibrahim membongkar perangai sebenar lelaki bernama Razak.
Sanggup guna ibu bapa sakit mohon sumbangan, rupanya tak pernah jaga
Dalam perkongsian Marina, Razak dikatakan memohon sumbangan untuk menjaga ibunya yang sakit terlantar.
Tetapi apabila Marina mahu membuat lawatan ke rumah, Razak memberikan alasan dia tiada di rumah.
Marina kemudian membuat lawatan secara mengejut dan menemui seorang lelaki yang merupakan adik kepada Razak.
Razak rupa-rupanya scammer meraih simpati
Adik memberitahu Razak langsung tidak pernah balik menjenguk apatah lagi menjaga ibu bapa sakit. Malah, ini bukan kali pertama orang datang ke rumah disebabkan perbuatan Razak meraih simpati.
Tadi saya dilaporkan bahawa lelaki bernama Razak ni meminta sumbangan awam dengan alasan menjaga mak ayah sakit. Tidak mampu bayar sewa, penyewa nak kunci mak ayah dalam rumah. Sedangkan rumah tersebut telah habis di bayar dan adalah milik emak dan paling penting dia TIDAK PERNAH menjaga mak ayah yang sakit.
Dalam pertemuan ibu, adik Razak memohon maaf dan mendedahkan Razak juga mempunyai hutang yang banyak.
Kakak dedah perangai sebenar Razak
Perkongsian tular Marina ini kemudian mendapat perhatian seorang individu yang mengaku kakak kepada Razak.
Menurutnya, Razak sudah lama buat hal termasuk meminjam duit sana sini. Razak menggunakan ibu sebagai alasan untuk raih simpati.
Apa yang lagi sedih, keluarga Razak terpaksa menanggung malu dan membayar hutang-hutang Razak. Kakaknya sendiri luahkan perasaan kecewa sebab perbuatan Razak ni dah jejaskan nama baik keluarga.
Dakwa kakak Razak lagi, adiknya itu sering mencuri barangan kemas dan wang milik keluarga termasuk duit simpanan ibunya untuk menunaikan umrah.
Namun, nampaknya Razak masih tidak serik dan membuat cubaan menipu orang lain pula. Marina sempat berpesan kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati sebelum hulurkan bantuan.
#OhmediaNasihat
Zaman sekarang, kita kena lebih peka sebelum hulurkan bantuan. Jangan mudah terpedaya dengan cerita sedih tanpa periksa dulu kesahihan cerita tersebut. Niat nak bantu tu memang mulia, tapi pastikan bantuan kita sampai kepada yang betul-betul perlukan. Kalau jumpa kes macam ni, laporkan terus kepada pihak berkuasa supaya tindakan boleh diambil.