Trending
Scammer Perdaya Mangsa Guna Nombor Hotline Polis Port Dickson
Sindiket penipuan dalam talian semakin licik dan bijak sehingga berani menggunakan nombor talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk menipu mangsa. Taktik terbaru mereka telah mencabar pihak berkuasa, terutama pihak polis yang sedang fokus menyiasat kes ini.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin memaklumkan mangsa akan diperdaya dengan sindiket ini berkaitan kesalahan trafik dan isu-isu lain.
Scammer hubungi guna nombor IPD

Sindiket akan menghubungi mangsa menggunakan talian hotline IPD Port Dickson 017-6001411 bagi tujuan memperdaya.
Pihak polis IPD Port Dickson menegaskan yang talian hotline IPD hanya digunakan untuk urusan rasmi.
Selain itu, KPD Port Dickson itu juga menegaskan nombor talian hotline IPD tidak digunakan untuk membuat panggilan dengan meminta maklumat kewangan peribadi atau berkaitan sebarang transaksi kewangan.
Jangan terpedaya dengan penipuan atau kes-kes salah laku berkaitan jenayah atau kes kemalangan jalan raya atau saman melalui panggilan telefon.
Berhati-hati dengan panggilan yang menggunakan ugutan atau tekanan psikologi dan sentiasa merujuk atau mengesahkan sebarang maklumat dengan polis di talian rasmi yang sahih.
Pengguna perlu membuat laporan polis untuk kepastian

Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan agar tidak mendedahkan maklumat kewangan atau peribadi kepada sesiapa yang tidak dikenali. Digalakkan membuat laporan polis jika menerima panggilan yang mencurigakan.
Kami menyeru kerjasama orang ramai untuk sentiasa berwaspada terhadap ancaman penipuan ini.
#OhmediaNasihat
Korang jangan mudah percaya dengan scammer dan wajib menyemak maklumat dengan pihak berkuasa sebelum mengambil sebarang tindakan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM