
Oh! Tidak
Lelaki Ditahan Curi Seluar Dalam Untuk Ilmu Pengasih
Oleh
Berlaku di negara jiran, seorang lelaki ditahan kerana didakwa mencuri seluar dalam wanita. Lah yeke?
BACA: Curi Seluar Dalam Lelaki, Ibu 3 Anak Dipenjara 10 Bulan
Pegawai polis, Inspektor Mahmed Ali Bahonar berkata bahawa suspek mencuri seluar dalam itu untuk dijadikan ritual ilmu pengasih.
Curi seluar dalam

Menurut Mahmed, kejadian itu berlaku apabila si suami mendengar bunyi tapak kaki di luar rumah pada waktu pagi.
Suami si mangsa mendapati pelaku menghendap masuk ke perkarangan rumah. Dia menuju ke tempat jemuran pakaian.
Lelaki itu kemudian dikejar oleh si suami setelah mencuri seluar dalam yang sedang dijemur dan mengaku bahawa dirinya mencuri bertujuan untuk ritual ilmu pengasih.
Pihak polis mengambil langkah ‘kesepakatan penyelesaian bersama’ antara pemilik dan pencuri kerana hanya melibatkan nilai kerugian yang kecil. Haih, macam-macam hal lah.
Kredit: Radar Jogja
