Connect with us

Oh! Media

Dapat Kad UNHCR Dalam Masa Singkat, Apa Buat Nur Sajat Istimewa?

Trending

Dapat Kad UNHCR Dalam Masa Singkat, Apa Buat Nur Sajat Istimewa?

Umum mengetahui, hasil siasatan mendapati Nur Sajat telah memperoleh kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

ADVERTISEMENT

BACA: Dituduh Jadi Dalang Pembolosan Nur Sajat, Wan Besi Tampil Beri Penjelasan

Terdapat juga sumber mendakwa tujuan Sajat mendapatkan kad pelarian dan berpindah ke Australia oleh kerana menerima ugutan bunuh.

Namun sehingga kini, ramai pihak masih tertanya-tanya bagaimana Nur Sajat mampu memperoleh kad tersebut dalam masa yang singkat.

Pihak UNHCR enggan ulas

Bagaimanapun, pihak UNHCR enggan mendedahkan status sebenar usahawan kosmetik itu sama ada berstatus pelarian atau sebaliknya.

Memetik laporan Harian Metro, jurucakap UNHCR memaklumkan pihaknya tidak boleh mendedahkan maklumat berkenaan atas alasan perlindungan atau sebaliknya.

Tambahnya lagi, pihaknya juga enggan memberikan sebarang komen berhubung perincian atau mengesahkan Nur Sajat pemilik kad badan antarabangsa itu.

Menurut sumber, kad pelarian Nur Sajat itu dikeluarkan UNHCR di Bangkok dengan bantuan ibu pejabat mereka di Malaysia.

Tempoh kad siap cetus kontroversi

Sementara itu, proses pengeluaran kad pelarian berkenaan agak kontroversi oleh kerana usahawan itu mendapatkannya dalam masa yang singkat.

Menurut sumber, perkara berkenaan menjadi tanda tanya oleh kerana proses permohonan kad tersebut akan memakan masa yang lama untuk disahkan.

Ini pihak UNHCR sahaja boleh ulas. Biasanya proses permohonan kad pelarian memakan masa.

Dalam kes Nur Sajat cepat pulak. Ini timbulkan persoalan. Walaupun kita tahu ada negara antarabangsa tertentu membantunya, prosedur operasi standard perlulah dipatuhi.

Kenapa kes Nur Sajat istimewa?

Menurut Bangkok Post, pihak polis Thailand bagaimanapun enggan mengesahkan Nur Sajat cuba mendapatkan suaka politik di negara itu.

Jurucakap timbalan polis, Pol Col Kissana Phathanacharoen berkata, Nur Sajat masih belum membuat permohonan di sana dan butiran selanjutnya akan didedahkan kemudian.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas