Connect with us

Oh! Media

Kronologi Kes Tragik Abby Choi, Hartanah RM25.4 Juta Didakwa Jadi Punca

kronologi kes bunuh abby choi

Oh! Tidak

Kronologi Kes Tragik Abby Choi, Hartanah RM25.4 Juta Didakwa Jadi Punca

Sejak minggu lalu, dunia kecoh dengan berita pemergian tragik model terkenal dari Hong Kong dikenali sebagai Abby Choi Tin-Fung.

ADVERTISEMENT

Sosialit berusia 28 tahun ini pada awalnya dilaporkan hilang pada Selasa (21/2/2023) sebelum bahagian tubuh dipercayai milik mangsa ditemui dalam sebuah rumah tiga hari kemudian (Jumaat, 24/2/2023).

Pada hari model ini hilang, dia sepatutnya menjemput anak perempuannya di sekolah namun tak muncul-muncul.

Bekas keluarga mentua Abby Choi suspek utama

bekas mentua abby choi
Foto: Instagram Abby Choi

Polis bertindak mengerahkan 100 anggota termasuk penyelam dari unit khas digelar Flying Tigers untuk melakukan carian di kawasan tadahan air di tanah perkuburan Tseung Kwan O.

Operasi dipercayai dijalankan selepas suspek utama, bekas bapa mertua dan abang iparnya dilihat di kawasan itu pada Rabu (22/2/2023).

Menurut siasatan awal polis, rumah tiga tingkat terletak di pinggir bandar Hong Kong yang disewa bekas bapa mentuanya menjadi tempat ‘pelupusan’ mayat mangsa.

Di rumah itu, polis menjumpai beberapa bahagian tubuh dalam peti sejuk, dua bekas mengandungi tisu manusia dan kepala mangsa dalam periuk sup bersama lobak merah dan lobak hijau.

abby choi
Rumah tempat penemuan anggota Abby Choi. Foto: Berita Harian via  EPA

Polis percaya kes ini adalah pembunuhan terancang kerana turut menemui gergaji elektrik dan alat pengisar daging tanpa sebarang perabot di rumah itu.

Suspek dipercayai cuba melupuskan mangsa dengan cara menghancurkan badan. Pihak polis akan melakukan ujian DNA untuk mengesahkan sama ada penemuan adalah milik model terkenal tersebut.

Didakwa menjadi dalang utama kes, bekas bapa mentua dan anak lelaki sulungnya akan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membunuh.

Manakala bekas ibu mentuanya didakwa atas pertuduhan menyeleweng maklumat dan bersubahat menyembunyi kematian mangsa.

Suami mangsa, Alex Kwong adalah orang terakhir diberkas polis ketika cuba melarikan diri di sebuah jeti pada Sabtu (25/2/2023). Suspek ditahan bersama sejumlah wang tunai berjumlah RM280,000 dan jam tangan mewah berharga RM2.3juta.

Tak puas hati rumah nak dijual

bekas suami abby choi
Foto: HK01

Lapor Sinar Harian, cara pengendalian hartanah mewah menjadi punca tak puas hati sehingga bekas mentua sanggup ‘melupuskannya’.

Model malang itu dipercayai masih menanggung keluarga bekas suaminya meskipun sudah berpisah. Dia membeli hartanah mewah dengan nama bekas bapa mentuanya di Kadoorie Hill di Ho Man Tin.

Mangsa dipercayai cuba menjual hartanah mewah itu dengan nilai pasaran RM25.4 juta pada tahun lalu.

Keluarga mentua yang tinggal di situ akan ditempatkan ke kediaman lain menyebabkan mereka bergaduh.

Dilaporkan, mangsa dilihat menaiki kereta dengan bekas abang iparnya yang merupakan pemandu peribadinya sebelum hilang pada Selasa.

Sehingga kini, lima orang suspek telah ditahan polis untuk membantu siasatan kes.

Kredit: Sinar Harian | mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas