Connect with us

Oh! Media

Konon Tak Dapat Guna MyUbat, Pesakit ‘Ajar’ Ahli Farmasi, Terus Report KKM

Trending

Konon Tak Dapat Guna MyUbat, Pesakit ‘Ajar’ Ahli Farmasi, Terus Report KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membangunkan Sistem Pengurusan Pembekalan Ubat bagi Sistem Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (MyUBAT) bermula April tahun lalu.

ADVERTISEMENT

MyUbat bertujuan untuk memudahkan para pesakit dan ahli farmasi. Melalui perkhidmatan itu, pesakit boleh memilih untuk mengambil ubat secara temujanji atau pos.

BACA: Rasa Amat Dihargai Dengan Layanan Baik, Lelaki Ini Belanja Nurse Coklat Dan Air

Namun, baru-baru ini kecoh apabila seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Syafarizal Sharif berkongsi pengalamannya berurusan dengan ahli farmasi di Hospital Kuala Lumpur yang didakwa biadab.

Menurutnya, ketika berurusan di kaunter, ahli farmasi berkenaan memintanya untuk mengambil sendiri ubat setiap 2 minggu sehingga bulan Julai.

Dia yang sebelum ini menggunakan aplikasi MyUbat meminta supaya ubat dihantar melalui pos. Tetapi ahli farmasi menjawab tidak boleh guna MyUbat lagi.

Apabila individu ini memberitahu keadaan kesihatannya kronik dan akan jadi teruk jika terlepas mengambil ubat, ahli farmasi didakwa tidak mengendahkannya dan menjawab ‘not my problem’.

NOT MY PROBLEM. (Sambil beredar dan bercakap sesama mereka kalau nak ubat pergi lah kat hospital lain pulak.)

Kerana merasakan perlakuan ahli farmasi itu kurang ajar, beliau telah merakam perbualan mereka dan mengambil nama ahli farmasi tersebut untuk membuat aduan kepada KKM.

Setibanya di rumah, Syafarizal mendapat panggilan daripada seorang ahli farmasi meminta agar isu ini tidak dipanjangkan kepada KKM dan dia turut menawarkan untuk menghantar ubat melalui MyUbat.

kome facebook

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen memuji tindakan tegas yang diambil oleh lelaki terbabit ke atas ahli farmasi itu.

Kredit: Facebook Syafarizal Sharif

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas