Connect with us

Oh! Media

Rasa Amat Dihargai Dengan Layanan Baik, Lelaki Ini Belanja Nurse Coklat Dan Air

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 11 25t134104084

Trending

Rasa Amat Dihargai Dengan Layanan Baik, Lelaki Ini Belanja Nurse Coklat Dan Air

Terharu menerima layanan baik daripada staf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), seorang lelaki bertindak menghadiahkan coklat dan air sebagai tanda penghargaan.

BACA: Terhutang Budi, Ebby Yus Cari Jururawat Yang Selamatkan Nyawanya

Jururawat pada awalnya enggan menerima pemberian itu, namun akhirnya mengalah apabila lelaki itu menegaskan ianya adalah tanda terima kasih kerana telah menunjukkan keperibadian yang sempurna.

IKLAN

Dalam perkongsian itu, pengguna Facebook yang dikenali sebagai Amir Runner berkata, dia hadir ke Klinik Kesihatan Presint 9 Putrajaya kerana sakit pinggang.

Setibanya di klinik, jururawat mendapati tarikh temujanji sepatutnya pada 30 November. Dia diminta datang semula pada tarikh berkenaan.

Semasa berjalan untuk pulang, jururawat itu menyapanya bertanya adakah keadaannya sangat sakit. Jururawat juga ambil slip temujanji bertanyakan sendiri kepada doktor bertugas.

Amir Runner

Dengan bersungguh-sungguh, jururawat membantunya memeriksa kekosongan slot di klinik berhampiran namun hampa. Malah, jururawat pula yang meminta maaf kerana tidak dapat memberikan rawatan pada hari itu.

Amir Runner2

Berpuas hati dengan layanan baik jururawat dan staf di klinik itu, lelaki ini memberikan hadiah kecil sebagai penghargaan. Walaupun tidak mendapat rawatan, dia berpuas hati dapat berjumpa dengan orang-orang baik.

Dia turut berdoa semoga staf di klinik itu dilindungi Allah SWT sentiasa.

Kredit: Amir Runner

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas