Connect with us

Oh! Media

KJ Perjelas Kes Harian Dijangka Meningkat Dalam Tempoh Terdekat

Trending

KJ Perjelas Kes Harian Dijangka Meningkat Dalam Tempoh Terdekat

Semalam kes baharu naik mendadak dan telahpun direkodkan lebih dari 7 ribu kes. Perkara ini buatkan ramai yang risau sekiranya tidak dapat menyambut Hari Raya Puasa di kampung bersama insan tersayang.

ADVERTISEMENT

BACA : Terus Melonjak! Kes Harian Catat Lebih 7k Hari Ini

Menurut laporan mStar, kes harian dijangka akan terus meningkat dalam tempoh beberapa minggu akan datang dan perkara ini dikatakan sendiri Khairy Jamaluddin.

Dalam satu posting di Twitter, beliau mengatakan bahawa perkara tersebut adalah berdasarkan kadar jangkitan yang tinggi daripada gelombang varian Omicron.

Walaupun seluruh rakyat Malaysia hampir lengkap menerima suntikan vaksin, tapi kalau kes dah nak naik apa kita boleh buat kan?

Apapun, jangan lupa untuk terus mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan agar dapat mengurangkan risiko daripada dijangkiti. Paling penting, harap boleh beraya lah kita tahun ni.

Kredit: mStar | Twitter KJ

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas