Connect with us

Oh! Media

Ketua Besar GISBH Akui Ada Satu Atau Dua Kes Liwat Tapi Rasa Tak Adil Hukum Satu Organisasi

Ohmedia gisbh nafi kes liwat

Oh! Tidak

Ketua Besar GISBH Akui Ada Satu Atau Dua Kes Liwat Tapi Rasa Tak Adil Hukum Satu Organisasi

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali, tampil menafikan pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap syarikatnya menerusi video di Facebook.

Beliau menyangkal dakwaan tular seperti pengikut GISBH meminum air rendaman kaki, tuduhan liwat, eksploitasi, dan lain-lain.

Saya duduk dalam perjuangan ni lebih 44 tahun, tak pernah cerita air kaki. Fitnah yang 30 tahun dulu muncul balik.- Katanya.

Nasiruddin luah rasa sedih kerana isu-isu ini melibatkan sesama umat Islam…

Saya sangat sedih, saya orang Islam, tuan-tuan pun orang Islam. Pecah kita sesama Islam, kemudian anak-anak ditangkap sebagainya.

Saya bukan mahu menyebelahkan undang-undang, memang kami ada salah dari segi undang-undang tetapi tak boleh nasihat ke?

Ini tangkap lebih 400, mereka tak tahu cerita. Kemudian dituduh liwat dan sebagainya. Memang liwat itu ada satu, dua, tapi kenapa mahu dirangkumkan semuanya?

Datuk Nasiruddin juga menegaskan bahawa produk keluaran GISBH sudah disahkan halal oleh JAKIM dan dieksport ke negara seperti Arab Saudi.

IKLAN

Kenapa semudah ini? Kami tak menyakitkan orang lain, cara hidup kami dituduh doktrin. Kami sudah buka hampir 20 cawangan di seluruh dunia dan tiada masalah.- Tambahnya.

Beliau mengesahkan bahawa tindakan perundangan akan diambil bagi mempertahankan GISBH daripada dakwaan tersebut.

Ohmedia gisbh nafi kes liwat

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas