Connect with us

Oh! Media

Anak Sulung Abuya Tunjuk Lokasi Kurungan Milik GISBH Hari Ini

Ohmedia photo 6098026955665424397 y 1

Trending

Anak Sulung Abuya Tunjuk Lokasi Kurungan Milik GISBH Hari Ini

Polis kini sedang menyiasat dakwaan yang dibuat oleh anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ummu Atiyah berkenaan penindasan dan kurungan yang dialaminya di bawah GISB Holdings (GISBH).

Anak sulung kepada Ashaari Muhammad itu akan menunjukkan lokasi di mana dirinya telah dikurung selama sebulan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, memaklumkan bahawa wanita berusia 41 tahun itu dijangka akan pergi ke sebuah perkampungan milik GISB Holdings (GISBH), yang terletak di Batu Hampar, Perak hari ini.

IKLAN

Razarudin turut menyatakan bahawa perkampungan tersebut dihuni oleh ramai remaja dan orang dewasa dalam lingkungan umur 13 tahun dan ke atas.

Pengadu menyatakan pintu bilik akan dikunci dari luar dan makanan akan dihantar ke bilik, kadangkala pengadu akan makan bersama penghuni lain.

Wanita itu turut menyatakan sepanjang dikurung, dia masih bebas bergerak di dalam kampung tersebut dan pernah dibawa keluar untuk membeli barang keperluannya. Walau bagaimanapun, dia tidak dibenarkan menggunakan telefon.

Kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan polis sedang mengesan empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut bagi membantu siasatan.

Ohmedia photo 6098026955665424397 y 1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nizar Rahman
Nizar, atau lebih dikenali sebagai Encik Jambu, bukan sahaja seorang penulis berbakat di Oh! Media tetapi juga seorang pelakon dan pengacara. Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting dalam menguruskan media sosial, memastikan penjenamaan Oh! Media sentiasa relevan dan berinteraksi dengan pengikut.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas