Connect with us

Oh! Media

Oh! Tidak

Pendedahan Bekas Ahli GISBH: “Kami Tak Tahu Aurad Muhammadiyah Difatwakan Haram!”

Bekas ahli Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH), Dalila Diyana, tampil mendedahkan bahawa sebahagian besar pengikut kumpulan itu sebenarnya tak tahu pun bahawa Aurad Muhammadiyah yang dipegang mereka selama ini telah difatwakan sesat dan haram. Pendedahan ni dibuat dalam satu sidang media khas di Kuala Lumpur.

Menurut Dalila, pengikut kumpulan tersebut dikongkong sepenuhnya, tanpa akses kepada maklumat luar seperti televisyen atau telefon, menyebabkan mereka tak tahu yang Aurad Muhammadiyah sebenarnya dah difatwakan haram sejak tahun 2013.

IKLAN

Saya duduk dalam jemaah berkenaan sejak zaman Rufaqah dan tak tahu Aurad Muhammadiyah difatwakan haram serta dibubarkan pada 2013.- Jelasnya.

Eksploitasi kanak-kanak dalam GISBH…

Dalila turut bongkarkan, serbuan pihak polis baru-baru ni berjaya menyelamatkan lebih 400 kanak-kanak yang dipercayai dieksploitasi di beberapa rumah kebajikan milik GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan.

Salah seorang mangsa ialah adiknya yang baru berusia enam tahun dan menjadi mangsa amang seksual.

Menurut Dalila, laporan polis yang dia buat menjadi titik permulaan untuk polis menyelamatkan kanak-kanak tersebut dalam Operasi Global awal September lepas.

Saya nak adik dapat hak. Tak sangka pada malam tu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyelamatkan adik dan ramai lagi.- Tambahnya lagi dengan nada sebak.

“Tiada Gaji, Dipisahkan Daripada Keluarga”- Bekas ahli lain turut dedah nasib mereka…

Dalam sidang media yang sama, seorang lagi bekas ahli, Mohamad Adam Rahmad, dedahkan yang dia tak pernah terima gaji sepanjang 10 tahun bekerja dengan GISBH. Malah, dia juga tak terima sebarang potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Selepas keluar daripada kumpulan tu, dia mendakwa GISBH sembunyikan anak-anak dan isterinya sehingga isterinya terpaksa failkan fasakh.

Saya masih sayangkan isteri dan nak hidup bersama dengan anak-anak seperti keluarga yang lain. Saya harap dia kembali.- Ujarnya penuh harapan.

#OhmediaNasihat

Pendedahan macam ni sangat penting sebagai peringatan untuk korang supaya berhati-hati dengan mana-mana kumpulan yang mengongkong kebebasan serta hak individu.

Pastikan korang semua sentiasa berhubung dengan dunia luar dan peka terhadap isu-isu penting yang boleh beri kesan kepada diri dan keluarga. Kalau korang atau sesiapa di sekeliling jadi mangsa penganiayaan atau eksploitasi, jangan takut untuk tampil buat laporan demi keadilan.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas