Connect with us

Oh! Media

Kesan PdPR, Guru Kecewa Cara Murid Balas WhatsApp Secara Tidak Sopan

Trending

Kesan PdPR, Guru Kecewa Cara Murid Balas WhatsApp Secara Tidak Sopan

Ketika pembelajaran secara bersemuka tidak dapat dilaksanakan sebelum ini ekoran peningkatan kes jangkitan, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) menjadi kaedah terbaik bagi memastikan pendidikan dapat diteruskan.

ADVERTISEMENT

BACA: Guru Pedalaman Upah Jajan Murid Ambil Modul PdPR, Siap Masuk Ceruk Kampung

Namun, pelaksanaan PdPR dianggap ‘teruk’ kerana pelajar hanya belajar secara dalam talian semata-mata dan mampu memberikan kesan kepada mereka yang tidak mempunyai kemudahan peranti serta akses internet.

Bukan itu sahaja, ia juga mampu mengubah sikap serta layanan mereka terhadap guru apabila belajar secara online. Mereka lebih terpengaruh untuk bersikap sambil lewa dan tidak sopan.

Guru kecewa, murid bersikap kurang sopan semasa balas pesanan WhatsApp

Bagaimanapun, seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah menengah turut merasai perkara sama apabila mendedahkan sikap kurang sopan muridnya.

Hal itu selepas dia meluahkan rasa kecewanya mengenai jawapan balas daripada seorang muridnya menerusi perbualan WhatsApp yang dilihat ‘kurang ajar’.

Menerusi hantarannya di laman Facebook, dia telah memuat naik satu tangkap layar perbualan bersama murid itu yang mana cara balasannya seperti menganggap dirinya sebagai seorang kawan.

Difahamkan, murid tersebut menyatakan dirinya tidak dapat ‘menghadiri’ peperiksaan pada keesokan harinya oleh kerana sedang bekerja.

Guru tersebut memintanya untuk mengambil cuti selain menyatakan markah peperiksaan adalah lebih penting daripada bekerja.

Namun jawapan pada akhir perbualan mereka berdua seperti tidak menghormati dirinya sebagai seorang guru sekaligus menimbulkan perasaan kecewa guru tersebut.

Kesan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), anda yang membaca mungkin tidak akan rasa apa-apa, kami yang bergelar guru ini baca, sangat sakit hati.

Macam itu ke bahasa dia dengan guru, baru sahaja sekolah tingkatan dua, kerjaya guru sekarang dah makin tak relevan, ibu bapa dan murid dah tak letak hormat terhadap tenaga pengajar.

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap sikap pelajar tersebut selain mempersoalkan bagaimana dia boleh bekerja semasa sedang belajar.

Setakat ini, perkongsian itu telah mendapat lebih daripada 500 tanda suka serta telah dikongsikan sebanyak 1,200 kali.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas