
Oh! Inspirasi
Guru Pedalaman Upah Jajan Murid Ambil Modul PdPR, Siap Masuk Ceruk Kampung
Oleh
Dalam keadaan pandemik hari ini, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) merupakan kaedah terbaik bagi memastikan pendidikan dapat diteruskan.
BACA: Guru Gigih Bawa Perahu Nak Mengajar Anak Muridnya
Walaupun pembelajaran tidak dilakukan secara bersemuka, murid dan guru mempunyai pilihan sama ada untuk mengadakan kelas secara dalam talian atau modul.
Bagi murid di kawasan pedalaman yang sukar mendapatkan akses internet dan kemudahan peranti, guru-guru perlu menyediakan modul pembelajaran di mana mereka perlu menghantar sendiri ke rumah murid.

Seperti perkongsian di Twitter ini, seorang guru mendedahkan realiti sebenar PdPR bagi guru yang mengajar di kawasan pedalaman. Mereka meninggalkan modul di pondok pengawal untuk diambil ibu bapa atau murid. Apabila kerja sekolah sudah selesai, murid perlu menghantar kembali modul untuk disemak.
PdPR untuk kami yang di pedalaman ini beginilah. Nak online tak boleh, jadi harap kepada buat modul sahaja. Tiapkali tengok anak-anak masih gigih hadir untuk ambil dan hantar modul rasa terharu dengan semangat mereka. Inilah sumber kekuatan kami. Semoga lekas baik semuanya. pic.twitter.com/s6MasCEXOS
— BungoLale (@bungolale) September 6, 2021
Sebagai seorang guru, dia meluahkan rasa terharu melihat kegigihan muridnya menuntut ilmu. Sebagai ganjaran, guru-guru memberi upah ‘jajan’ setiap kali murid mengambil dan menghantar modul.

Bagi murid yang tidak dapat hadir ke sekolah, guru sendiri akan masuk ke kampung yang lebih jauh ke dalam hutan. Lebih mengharukan apabila penduduk kampung berusaha membina jalan untuk kemudahan guru menaiki motor. Tetapi rupa-rupanya naik motor lagi penat dari berjalan kaki!
Bila orang kampung kata, mereka dah buat jalan untuk motor lalu terus sampai kampung – kamilah yang paling teruja. Tapi rupanya, lagi penat naik motor rari jalan kaki. Satu persatu motor terpaksa ditinggalkan. Begitupun, misi menghantar modul tetap diteruskan walaupun barai. 😅 pic.twitter.com/H1LvVt1ojN
— BungoLale (@bungolale) August 22, 2021
Namun, penat lelah guru berbaloi sebaik melihat muka anak-anak murid. Mereka turut diberi upah jajan sebagai menyuntik semangat.
Orang ramai yang turut terharu melihat kegigihan guru-guru pedalaman mengucapkan terima kasih dan yakin murid ini akan menjadi seorang yang berguna kelak. Terima kasih cikgu!
Kredit: Twitter bungolale
