Connect with us

Oh! Media

Kes Ebit Lew: Ada 936 ‘Screenshot’ Layar Laman ‘Web’ Lucah Dan 8 Imej Unsur Lucah Dari Aplikasi WhatsApp

Pendakwah Ebit Lew

Oh! Tidak

Kes Ebit Lew: Ada 936 ‘Screenshot’ Layar Laman ‘Web’ Lucah Dan 8 Imej Unsur Lucah Dari Aplikasi WhatsApp

Sebanyak 936 gambar tangkap layar mengenai sejarah melayari laman sesawang berunsur lucah diperoleh dari sebuah telefon hasil analisis seorang saksi dalam perbicaraan kes pendakwah, Ebit Lew.

ADVERTISEMENT

BACA : Kes Ebit Lew: Polis Temui Sejarah Layari Laman Web Lucah Dalam Telefon Bimbit Dianalisis

Menurut laporan Berita Harian, Daripada jumlah itu, sebanyak 146 tangkap layar adalah berunsur lucah dan perkara ini dikatakan sendiri Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM), Latifah Abdul Aziz.

Saya mohon merujuk gambar tangkap layar yang pertama dan terakhir, tempoh sejarah yang berjaya dikenal pasti bermula pada 14 Jun 2020 hingga 19 Ogos 2021.

Latifah juga diarahkan untuk jalankan analisis sebuah telefon bimbit dan temui lapan imej berunsur lucah daripada aplikasi WhatsApp. Hanya satu daripadanya ada tambah pelekat aplikasi WhatsApp.

Saksi sebelum ini memberitahu kepada mahkamah yang laman sesawang lucah itu diakses dari aplikasi Google.

Peguam Ram Singh yang mewakili itu membantah soalan daripada pihak pendakwaan kepada saksi mengenai sejarah carian menerusi Google pada prosiding semalam.

Ram berpendapat tiada bukti dalam sejarah carian melalui Google bahawa sesebuah laman sesawang sebenarnya dilawati sebagaimana dikatakan saksi. 

Terlalu banyak carian dibuat dalam telefon bimbit itu yang dianalisis saksi dan tidak relevan kepada pertuduhan. 

Pihak pendakwaan ingin mengemukakan keterangan yang relevan dengan pertuduhan merujuk kepada carian Google berunsur lucah pada tarikh pertuduhan dan perkara ini dikatakan sendiri Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria.

Bukan tu jer, keterangan itu juga dikatakan penting untuk menunjukkan perbuatan dan keadaan tertuduh pada tarikh ketika melayari laman sesawang itu sebelum menghantar mesej berunsur lucah kepada pengadu.

Kredit: Berita Hairan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas