Connect with us

Oh! Media

Kemaluan Bengkak, Kanak-Kanak Lelaki Disunat Jin?

disunat jin

Trending

Kemaluan Bengkak, Kanak-Kanak Lelaki Disunat Jin?

Kejadian di Kampung Babakan, Jawa Timur Jakarta, penduduk kampung cemas apabila seorang kanak-kanak lelaki dikatakan telah disunat jin.

ADVERTISEMENT

BACA: Kanak-Kanak 4 Tahun Cedera, Ditikam Jiran?

Menurut Kosmo, Rafiy yang berumur 5 tahun itu telah mengadu kesakitan pada kemaluannya yang kelihatan kemerahan, seperti baru sahaja disunatkan.

Fenomena sunat oleh jin

disunat jin
Gambar hiasan

Kejadian ini terjadi pada jam 11.30 pagi semalam, ibu bapa Rafiy memeriksa kemaluannya tetapi ia cuma kelihatan merah, dan bukannya darah. Doktor juga tidak menemukan apa-apa masalah serius pada kemaluannya.

Menurut seorang pakar Urologi dari Hospital Siloam Asri, Dr. Arry Rodjani, kejadian yang berlaku pada adik Rafiy ini kelihatan seperti sudah disunatkan, namun sebenarnya ia dikenali sebagai parafimosis.

Parafimosis sering dianggap sebagai fenomena sunat oleh jin. Walhal, dalam dunia perubatan, keadaan itu berlaku disebabkan kerana diameter hujung zakar yang lebih kecil berbanding badan zakar.

Dr Arry juga menjelaskan, keadaan ini boleh berlaku secara tiba-tiba, terutama apabila kanak-kanak kerap menarik bahagian hujung kemaluannya.

Jadi sudah terbukti, adik Rafiy ini bukanlah disunat jin. Masyarakat perlu lebih berwaspada dengan penggunaan buatan jin kerana takut ada salah faham yang berlaku dikalangan penduduk tempatan. Semoga adik Rafiy ini cepat sembuh dan kemaluannya kembali normal seperti biasa.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas