Connect with us

Oh! Media

Kanak-Kanak 4 Tahun Cedera, Ditikam Jiran?

kanak-kanak 4 tahun

Trending

Kanak-Kanak 4 Tahun Cedera, Ditikam Jiran?

Sebelum ini, kita selalu dengar kanak-kanak didera di tempat asuhan, tapi kali ini, seorang kanak-kanak berumur 4 tahun dipercayai ditikam oleh jiran di taman permainan rumah pangsa, di Jalan Loke Yew.

ADVERTISEMENT

BACA: Polis Tahan Pengetua Pusat Asuhan Warga Asing Dera Kanak-Kanak Autisme

Menerusi laman Utusan, seorang kanak-kanak lelaki telah dicederakan di perut dan paha menggunakan sebilah pisau di tempat kejadian.

Suspek berusia 80 tahun

kanak-kanak 4 tahun
Gambar hiasan

Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, Ketua Polis Daerah Dang Wangi berkata,magsa telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Suspek merupakan warga emas yang berusia 80 tahun telah menyembunyikan diri di salah sebuah rumah pangsa di tempat kejadian.

Suspek berjaya ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau benda berbahaya.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati suspek mempunyai rekod rawatan psikiatri.

Kanak-kanak lelaki yang tidak berdosa itu sekarang ini dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Polis kini masih menyiasat motif sebenar suspek warga emas itu.

Mungkin keadaan warga emas itu tidak stabil semasa melakukan tikaman kepada kanak-kanak tersebut. Tapi, kita tunggu siasatan lanjut dari pihak berkuasa.

Kawasan kejiranan pun dah tak selamat, jadi tolonglah jaga anak masing-masing dan perhatikan gerak geri mereka apabila di luar rumah. Jangan ambil lewa kerana ia mungkin akan beri kesan buruk kepada anak-anak kecil.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas