Connect with us

Oh! Media

Kejam! Kucing Menggelupur Tahan Sakit Kena Hentak Dengan Batu

Kucing Didera

Oh! Tidak

Kejam! Kucing Menggelupur Tahan Sakit Kena Hentak Dengan Batu

Kejam dan tak berhati perut! Itulah yang dapat dikatakan mengenai video tular menunjukkan perbuatan jahat seorang lelaki mendera kucing.

Dalam rakaman CCTV, lelaki itu dilihat memegang batu bata kemudian menghempap bahagian kepala kucing.

Video viral

Kesian betul sampai menggelupur, mulut kucing tu pun berdarah menahan sakit. Ya Allah, tak sanggup nak tengok.

IKLAN

Menurut sumber, kejadian itu berlaku di hadapan 7-Eleven Taman Rakyat Alor Setar Kedah.

Bertindak atas aduan orang awam, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar Supt Syed Basri Syed Ali berkata, pihaknya kini sedang memburu suspek kes ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015. Jika didapati bersalah, suspek boleh didenda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM100,000. Suspek juga berdepan penjara tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

BACA: “Dia Tahu Siapa Buat” – Angkara Dendam, Kucing Jadi Mangsa ‘Tuju’ Sihir Sampai Muntah Darah

Kredit: AlHijrah Online

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas