Connect with us

Oh! Tidak

“Dia Tahu Siapa Buat” – Angkara Dendam, Kucing Jadi Mangsa ‘Tuju’ Sihir Sampai Muntah Darah

Siapa sangka, haiwan peliharaan juga boleh menjadi mangsa sihir manusia yang berhasad dengki. Perkara itu didedahkan pemilik kucing, @meelchaaa menceritakan pengalaman kucing peliharaannya jatuh sakit.

BACA: Penyanyi Wanita Bertudung Kantoi Amal Sihir Dan Kerja Khurafat, Siap Ada Bilik Khas Di Rumah?

IKLAN

Pada awalnya, salah seekor kucing peliharaannya bersikap aneh apabila merenung ke arah catwheels. Catwheels itu juga dikatakan bergerak sendiri dan kucingnya asyik memandang ke satu tempat seolah-olah nampak ‘bayangan’.

sihir
Kredit: TikTok @meelchaaa

Sementara itu, kucingnya yang lain juga jatuh sakit dan jadi pendiam tak seperti kebiasaan. Perawat memaklumkan kucing tersebut sebenarnya tahu apa yang terjadi dan menanggung ‘sakit’.

Dengan izin Allah SWT, sihir yang ditanam di dalam badan Tod akhirnya dapat dikeluarkan melalui muntah berdarah.

kucing
Kredit: @meelchaaa

Jelasnya lagi, kisah tersebut dikongsi bertujuan untuk dijadikan sebagai iktibar. Perawat yang membantunya juga mahu orang ramai tahu bahawa kucing juga boleh menjadi mangsa sihir.

sihir
Kredit: @meelchaaa

Dengan rendah diri, wanita ini memohon orang ramai mendoakan pelaku supaya bertaubat. Dia menggambarkan pelaku sebagai orang Islam, berbangsa Melayu dan masih muda. Dia juga telah memaafkan pelaku kerana tidak mahu hidup dalam dendam.

Kredit: TikTok @meelchaaa

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas