Connect with us

Oh! Media

Kecoh Pasal Wanita Mengamuk Rupanya Kantoi Nak Tinggalkan Anak Kandung Dalam Pasar Raya

untitled design   2

Oh! Tidak

Kecoh Pasal Wanita Mengamuk Rupanya Kantoi Nak Tinggalkan Anak Kandung Dalam Pasar Raya

Semalam tular di media sosial satu video menunjukkan seorang wanita mengamuk di hadapan sebuah pasar raya.

Bukan tu jer, wanita yang dipercayai kurang waras itu juga dilihat membaling selipar ke arah pengawal keselamatan yang bertugas di situ.

Menurut laporan mStar, wanita itu bengang selepas ditegur meninggalkan anak kandungnya di dalam pasar raya itu dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao.

IKLAN

img 2688

Punca kejadian disebabkan pihak pengawal berkenaan memintanya untuk tidak meninggalkan anak apabila keluar dari premis.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membuat laporan polis dan mengatakan wanita belum diketahui identitinya dan dua anaknya telah diselamatkan dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk mendapatkan rawatan kerana disyaki kurang waras.

Dalam pada itu, polis juga memaklumkan tiada sebarang dokumen diri yang diperolehi daripada wanita terbabit dan kes tersebut  telah dirujuk ke JKM.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Penting ke atau korang rasa tak perlu?

♬ original sound – Oh! Media
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas