Connect with us

Oh! Media

Kanak-Kanak Disyaki Jadi Mangsa Dera Bapa, Dipaksa Mengemis Di Chow Kit

Trending

Kanak-Kanak Disyaki Jadi Mangsa Dera Bapa, Dipaksa Mengemis Di Chow Kit

Baru-baru ini tular di media sosial kisah seorang kanak-kanak malang yang dipercayai didera bapa sendiri. Menurut dakwaan, ketika ditemui kanak-kanak itu telah menerpa ke arah seorang wanita dalam keadaan ketakutan.

ADVERTISEMENT

BACA: DBKL Tidak Membenarkan Pengagihan Makanan Secara Terus Kepada Gelandangan

Wanita tersebut mendapati kanak-kanak itu berada dalam keadaan kusut masai dengan juraian air mata. Malah, matanya juga bengkak dan membiru.

kes dera

Tambahnya, dia sudah melaporkan kejadian kepada polis dan sebuah kereta peronda (MPV) dari Dang Wangi telah tiba tidak lama kemudian. Walau bagaimanapun, bapanya dipercayai telah merentap tangan anak dengan kasar sebelum berlalu pergi.

Sehubungan dengan itu, Polis Diraja Malaysia sedang mengesan kanak-kanak perempuan terbabit yang disyaki menjadi mangsa dera bapanya di sekitar Chow Kit. Memetik laporan Kosmo!, bapa bertindak melarikan mangsa ketika pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendak menemu bualnya.

dera chow kit

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, tindakan diambil selepas pihak berkuasa menerima laporan mengenai kejadian pada Sabtu lalu.

Pengadu merupakan seorang pegawai JKM yang mendapat maklumat daripada orang awam. Berdasarkan laporan, mangsa bersama neneknya didapati merayau di kawasan Chow Kit untuk mengemis.

Pegawai JKM terbabit telah ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan mangsa namun telah dibawa lari oleh seorang lelaki dipercayai bapa mangsa.

Tambahnya, selain bapa, polis turut mengesan nenek kanak-kanak terbabit untuk siasatan lanjut. Kini, JKM telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 32 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membenarkan kanak-kanak di bawah jagaan berada di jalanan atau mana-mana premis bagi tujuan mengemis atau meminta sedekah.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas