Connect with us

Oh! Media

Jururawat Teruk Kena Hentam Didakwa Suntik ‘Angin’ Anak KJ, Ini Penjelasannya

Trending

Jururawat Teruk Kena Hentam Didakwa Suntik ‘Angin’ Anak KJ, Ini Penjelasannya

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) beberapa hari lalu memaklumkan anak bongsunya, Raif, telah selesai menerima suntikan vaksin dos pertama melalui Program Imunisasi Covid-19 untuk kanak-kanak (PICKids).

ADVERTISEMENT

BACA: “Anak Saya Umur Enam Tahun Akan Divaksin” – Khairy Jamaluddin

Namun, timbul pula dakwaan mengatakan cecair dalam picagari telah dikeluarkan jururawat bertugas. Netizen mendakwa anak bongsu KJ hanya cucuk angin.

Terbaru, jururawat itu tampil membidas dakwaan yang telah dibuat segelintir netizen kepadanya.

Menerusi hantaran yang dibuat di laman rasmi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jururawat ini menjelaskan secara terperinci prosedur yang dilakukannya pada hari itu.

Video penjelasan jururawat

Jururawat ini berkata lagi, dia terpaksa berinteraksi dengan kanak-kanak itu dan menyembunyikan jarum untuk mengelakkan kanak-kanak daripada takut atau trauma.

Dia turut bersumpah ‘Demi Allah’ tidak mengeluarkan vaksin seperti yang didakwa.

Dalam pada itu, KKM menggesa orang ramai menghentikan tuduhan tidak berasas kepada petugas kesihatan.

Kredit: KKM

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas