Connect with us

Oh! Media

“Kami Pandang Serius Amalan Pemeriksaan Haid Secara Fizikal Di Sekolah” – Dr Radzi

Trending

“Kami Pandang Serius Amalan Pemeriksaan Haid Secara Fizikal Di Sekolah” – Dr Radzi

Baru-baru ini, Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin telah melakukan lawatan ke Sarawak selama beberapa hari bagi memulakan pemantauan dan libat urus di negeri itu.

ADVERTISEMENT

BACA: Jika Perlu, Guru Enggan Divaksin Akan Dipindah Atau Dikeluarkan. – Dr Radzi

Hal itu termasuklah melawat beberapa sekolah untuk meninjau keadaan infrastruktur dan juga persiapan pengoperasian sekolah di beberapa daerah.

Selain itu, beliau juga turut mengunjungi asrama Sekolah Seni Malaysia di Sarawak dan sempat memberikan kata-kata semangat sebagai motivasi kepada mereka.

KPM ‘pertikai’ pemeriksaan haid secara fizikal

Selepas selesai mengadakan lawatan di Sarawak selama 4 hari, beliau juga turut mengunjungi sebuah sekolah di Setapak, Kuala Lumpur bagi melakukan tinjauan.

Hal itu selepas beliau mendapat maklumat berhubung dakwaan berlaku amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan murid wanita.

Sejurus tiba dari Kuching di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi, saya terus ke sebuah sekolah di Setapak, Kuala Lumpur.

Tujuan saya ke sana bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan berlaku amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan murid perempuan.

Beliau yang bersama Ketua Setiausaha KPM dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia mengakui akan memandang serius akan pemeriksaan secara fizikal ini.

Tambahnya, beliau akan sentiasa komited untuk memastikan amalan ini tidak terus berlaku dalam kalangan murid wanita di mana-mana institusi KPM.

Dengar maklum balas daripada guru dan murid

Menerusi hantaran di laman Facebook, kedatangannya pada malam tadi adalah bagi mendengar dan mendapatkan maklum balas secara terus daripada murid di sekolah tersebut.

Selain itu, beliau juga turut mendengar penjelasan daripada pihak guru bagi mendapat maklumat dan akan terus memperhalusi isu tersebut.

Kami juga mendengar penjelasan daripada pengetua dan guru sekolah. Kami akan perhalusi perkara-perkara yang dimaklumkan semasa perjumpaan sebentar tadi.

Mengakhiri ulasannya, Dr Radzi berkata, KPM akan sentiasa komited dalam menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa di sekolah asrama. Hal itu dibuat bagi mewujudkan sekolah yang sejahtera kepada semua pelajar.

Kredit: Facebook Dr Radzi Jidin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas