Connect with us

Oh! Media

Jika Perlu, Guru Enggan Divaksin Akan Dipindah Atau Dikeluarkan. – Dr Radzi

Ohmedia dr radzi

COVID-19

Jika Perlu, Guru Enggan Divaksin Akan Dipindah Atau Dikeluarkan. – Dr Radzi

Lagi tentang golongan anti-vaksin dan kali ini ia melibatkan warga pendidik. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan hanya tinggal lebih kurang 2,000 guru di seluruh negara yang masih tidak mahu divaksin.

Disebabkan itu, kementerian pendidikan masih tidak membenarkan guru-guru ini untuk mengajar secara bersemuka dengan pelajar. Walaupun sekolah akan dibuka sepenuhnya nanti, guru yang tidak menerima vaksin akan diasingkan.

Dr Radzi melihat walaupun jumlah itu kecil, tetapi ia masih memberi impak yang besar dalam ekosistem pendidikan.

IKLAN

Sebagai contoh untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK), anak-anak istimewa ini mereka perlu berada rapat dengan guru-guru. Begitu juga kita ada kadaan di mana guru pra sekolah, pembantu murid pra sekolah yang tak nak divaksinkan.

Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) turut telah memberi masa sehingga 1 November ini untuk guru-guru terbabit mengambil vaksin.

Jika perlu membawa keluar guru terbabit atau memindahkan mereka, ia akan dilakukan. Kita bukan mengugut tetapi perlu dilakukan kerana penting untuk operasi sekolah. – Tegas Radzi.

Nampaknya, pihak kerajaan sedang berusia sedaya upaya untuk memastikan 100% rakyat Malaysia menerima vaksin. Ini bagi memastikan Malaysia selamat dari kesan wabak yang lebih berat. #kitajagakita

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori COVID-19

Oh! Podcast

Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26

OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas