Connect with us

Oh! Media

“Kalau Nak Pergi, Pergilah” – Lagi Mangsa Strok Haba, Bapa Redha Anak 12 Tahun Meninggal Dunia

Oh! Tidak

“Kalau Nak Pergi, Pergilah” – Lagi Mangsa Strok Haba, Bapa Redha Anak 12 Tahun Meninggal Dunia

Baru-baru ini negara kita telah dikejutkan dengan kes kematian kanak-kanak perempuan akibat strok haba. Terbaru, satu lagi kejadian strok haba melibatkan seorang budak lelaki 12 tahun berlaku hingga mengakibatkan kematiannya. Masyallah, betul ke ni?

ADVERTISEMENT

BACA: Kanak-Kanak Perempuan Berusia Setahun Meninggal Dunia Akibat Strok Haba

Berita sedih tersebut telah diceritakan oleh bapa mangsa, Syahrol Azmi Mohd Hekak. Mangsa dikenali sebagai Airel Syahren telah mengalami panas badan sejak malam Ahad yang lalu.

Strok haba

strok haba

Si bapa tidak menyangka dia akan kehilangan anaknya hanya dalam tempoh tujuh jam disebabkan oleh panas badan tersebut. Menurut Syahrol, anaknya mula meracau kira-kira jam 12 tengah malam.

Lepas itu saya dengar macam bunyi benda jatuh dan kemudian saya dapati dia mengalami cramp (kejung) dengan badan mengerekot di ruang tamu.

Bapa mangsa dalam keadaan panik terus menelefon talian 999 bagi mendapatkan bantuan. Syahrol berkata sementara menunggu bantuan ambulan, anaknya meronta-ronta hingga terberak dan kencing.

Ketika di hospital, Syahrol meminta anak lelaki sulungnya untuk menunggu di hospital namun pihak hospital menelefon semula kerana anak lelakinya tidak dibenarkan menunggu atas alasan bawah umur. Dalam pada yang sama, pihak hospital meminta Syahrol membawa lampin pakai buang.

Saya kemudiannya datang ke hospital dan mendapati doktor sedang melakukan rawatan terhadap anak saya dengan menggunakan alat khas macam pump tu. Melihatkan keadaan anak saya macam tu saya dah tak sampai hati. Dalam hati saya berkata, ‘kalau nak pergi, pergilah’ jangan seksa dia macam ini, keadaan dia tak mengizinkan dia untuk terus sakit.

Airiel kemudian disahkan meninggal dunia akibat septic shock secondary to meningoencephalitis. Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bentong selepas Zohor semalam.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas