Connect with us

Oh! Media

Kaki Budak Lelaki Tersepit Pada Eskalator, Operasi Menyelamat Ambil Masa Hanya 6 Minit

Oh! Tidak

Kaki Budak Lelaki Tersepit Pada Eskalator, Operasi Menyelamat Ambil Masa Hanya 6 Minit

Terdapat satu kejadian dimana kaki seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 11 tahun telah tersepit pada eskalator. Allahu, sakit tu..

ADVERTISEMENT

BACA : Jatuh Ketika Latihan Merentas Desa, Pelajar Tingkatan 4 Meninggal Dunia

Menurut laporan Harian Metro, kejadian berlaku di sebuah pusat beli belah di Alor Setar dan perkara ini dikatakan sendiri Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.

Selepas menerima panggilan, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar bergegas ke lokasi kejadian bagi bantuan khas.

Anggota mengambil masa enam minit untuk mengeluarkan kaki kanan mangsa dengan menggunakan peralatan khas dan kerja menyelamat turut dibantu pihak penyelenggara pasar raya itu.

Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan pada ibu jari kaki. Walaubagaimanapun, dia telah dihantarkan ke sebuah hospital untuk menerima rawatan. 

 Diharapkan kepada ibubapa diluar sana untuk memantau anak-anak supaya kejadian sebegini tidak berlaku. Malang tidak berbau!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas