Connect with us

Oh! Media

“Lakukan Ujian Saringan Lebih Kerap Bila Rentas Negeri Dibenarkan Nanti” – KJ

SJR

Trending

“Lakukan Ujian Saringan Lebih Kerap Bila Rentas Negeri Dibenarkan Nanti” – KJ

Orang ramai disarankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk melakukan ujian saringan dengan lebih kerap apabila kebenaran rentas negeri dibenarkan nanti.

ADVERTISEMENT

BACA : “Tiada Lagi SJR Besar-Besaran Bila Negara Masuk Ke Fasa Endemik” – KJ

Menurut laporan Astro Awani, langkah ini amatlah penting tambah lagi bagi mereka yang berada dalam persekitaran hubungan dan mobiliti tinggi dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Menterinya, Khairy Jamaluddin.

1.6 peratus sebelum sempadan negeri dibuka, ketika KKM melakukan ujian saringan untuk kes simptomatik, kami menasihatkan orang yang berada dalam persekitaran hubungan dan mobiliti tinggi untuk melakukan ujian secara berkala.

Sekiranya anda ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa, lakukan ujian air liur RTK Antigen. Jaga keselamatan mereka.

Ketika negara beralih ke fasa endemik nanti, kerajaan mungkin tidak lagi mengatur sekatan jalan raya semata untuk melihat orang ramai telah lengkap vaksinasi atau melakukan ujian saringan.

Sebaliknya, perkara ini bergantung kepada tanggungjawab masing-masing. 

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas