Connect with us

Oh! Media

“Jika Tiada Fitnah, Mungkin Selamat” – Adik Pemandu Lori Berkongsi Cerita Sewaktu Kejadian

Trending

“Jika Tiada Fitnah, Mungkin Selamat” – Adik Pemandu Lori Berkongsi Cerita Sewaktu Kejadian

Sebelum ini, tular satu kemalangan membabitkan sebuah lori yang merempuh 3 kenderaan lain. Vidro tersebut dirakam seorang wanita yang mendakwa pemandu lori itu sedang mabuk padahal mangsa kena serangan jantung.

ADVERTISEMENT

BACA : Tular Video Pemandu Treler Rempuh 3 Kereta, Bukan Mabuk Tapi Kena Serangan Jantung?

Menurut laporan Harian Metro, adik kepada pemandu lori berkenaan tampil berkongsi cerita tentang kejadian yang menimpa abangnya.

Menurutnya, lori yang dipandu abangnya hilang kawalan sebelum merempuh tiga kereta di Jalan BRP 8/2, Sungai Buloh sebelum video tentang kejadian itu tular di media sosial.

Dia yang menerima panggilan pada pukul 12 tengah hari berhubung kejadian itu terus bergegas ke hospital yang merawat abangnya.

Bagaimanapun, ada rakan sekerja arwah memaklumkan video berkenaan tular pagi semalam dan hanya ketika itu saya melihat isi kandungan video terbabit termasuk dakwaan individu yang mendakwa abang memandu dalam keadaan mabuk.

Sewaktu kejadian, terdapat beberapa individu yang cuba untuk tolong arwah tetapi terbatal niatnya apabila si perakam memberitahu bahawa abangnya memandu dalam keadaan mabuk.

Jika fitnah itu tiada, mungkin abang boleh dihantar lebih awal ke hospital dan mungkin berjaya menyelamatkan nyawanya.

Arwah seorang yang baik

Adiknya juga turut bercerita tentang keperibadian abangnya dan mengatakan Allahyarham masih bujang dan sangatlah baik dengan keluarga. Dia juga turut membantu menyara kakak serta empat anaknya dari segi kewangan selepas kematian abang ipar pada 2017.

Kehilangan dia amat besar impaknya bagi keluarga kami kerana kebaikannya.

Allahu, kesiannya. Semoga keluarga mangsa bertabah atas pemergian insan tersayang dan semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas