Connect with us

Oh! Media

Isu Gangguan Seksual Pendakwah, Firdaus Wong Dedah Sumpah Laknat Ibu Mangsa

Trending

Isu Gangguan Seksual Pendakwah, Firdaus Wong Dedah Sumpah Laknat Ibu Mangsa

Skandal video lucah melibatkan seorang penceramah terkenal dilihat semakin menjadi hangat selepas satu demi satu pendedahan telah dibuat.

ADVERTISEMENT

BACA: Polis Sedang Lengkapkan Kertas Siasatan Berhubung Kes Gangguan Seksual Pendakwah Bebas

Perkara itu turut didedahkan oleh pendakwah bebas, Firdaus Wong selepas memuat baik video berkenaan sumpah laknat yang dibuat oleh abang mangsa.

Keadaan itu menjadi lebih hangat selepas penyanyi rap, Caprice telah memuat naik gambar dengan wajah entiti iblis, jam pasir dan video ciuman yang didakwa berkaitan dengan penceramah tersebut.

Ibu mangsa buat sumpah laknat

Tangkap layar video sumpah laknat yang dilakukan ibu mangsa. (Sumber: Kosmo!)

Terbaharu, sebuah video memaparkan seorang wanita yang merupakan ibu kepada mangsa serangan seksual telah melafazkan sumpah laknat bagi menjelaskan kebenaran.

Menurut laporan Kosmo, video tersebut telah didedahkan oleh Firdaus Wong menerusi aplikasi Telegram yang sebelum ini dilihat terus menerus mendedahkan isu kontroversi melibatkan penceramah terkenal itu.

Menerusi video berdurasi 49 saat itu, wanita berkenaan telah bersumpah dengan nama Allah bahawa anaknya telah mengalami kemurungan dan cuba untuk membunuh diri.

Bismillahirahmanirahim, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya bersumpah dengan nama Allah bahawa anak saya mengalami kemurungan dan cuba membunuh diri setelah (individu itu) melakukan perbuatan terkutuk menerusi WhatsApp dan panggilan video terhadap anak saya.

Jika saya berdusta, Ya Allah laknatilah saya.

Bertanya tentang keizinan untuk disebarkan, Firdaus Wong turut menyatakan bahawa dia telah mendapatkan keizinan dari ahli keluarga mangsa untuk berkongsikan video sumpah laknat tersebut.

Namun, video tersebut terpaksa diubah suai seperti wajah serta suara yang telah diolah bagi melindungi identiti individu terbabit.

Mereka mengizinkan kerana mahu memberikan kesedaran kepada masyarakat yang perkara itu memang berlaku dan mengalakkan lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis.

Buat masa ini, nama dan wajah mereka dirahsiakan dahulu, apabila tiba masanya mereka semua akan tampil ke khalayak ramai demi sebuah kebenaran.

Tambahnya lagi, sumpah laknat yang dibuat oleh keluarga mangsa merupakan contoh bagi menyokong jihad ahli keluarga mereka yang menerima mesej terkutuk itu.

Kata Firdaus Wong, dia turut mendoakan semoga mangsa serta ahli keluarganya mendapat keizinan Allah SWT bagi membantu menegakkan kebenaran.

Kredit: Kosmo! I Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas