Connect with us

Oh! Media

Polis Sedang Lengkapkan Kertas Siasatan Berhubung Kes Gangguan Seksual Pendakwah Bebas

ebit lew

Trending

Polis Sedang Lengkapkan Kertas Siasatan Berhubung Kes Gangguan Seksual Pendakwah Bebas

Hari ini pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung telah mendedahkan beberapa bahan bukti melibat kes seorang pendakwah bebas popular.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Harian Metro, pihak polis kemudian mengesahkan mereka sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes berkenaan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut menegaskan pihak mereka masih mengambil keterangan dari beberapa mangsa yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual.

Saya merasa sedih dan geram bila mangsa menunjukkan kepada saya. Ini antara bukti yang diserahkan kepada polis. – Kata Firdaus.

Beberapa pendedahan dikongsikan hari ini selepas beliau mendapat kebenaran dari mangsa sendiri bagi kesedaran ramai serta menggalakkan lagi lebih ramai mangsa tampil berani membuat laporan.

Kami akan bersama dengan mangsa-mangsa yang telah membuat laporan polis untuk mendapatkan keadilan. Jikalau ada pihak yang mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan saman, kami telahpun bersiap sedia 100%..

Segala bukti-bukti telah kami siap sedia andai ada mana-mana pihak yang mahu mengambil tindakan saman. Kami tetap teguh mempertahankan prinsip berani kerana benar. Amar makruf nahi mungkar. – Katanya lagi.

Apapun biarlah kes ini disiasat sepenuhnya pihak polis dan jangan sebarkan apa-apa maklumat yang tidak pasti.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas