
Oh! Tidak
Isteri Orang Dicekup Khalwat Dengan ‘Pucuk Muda’ Di Homestay
Isteri orang dicekup khalwat bersama lelaki muda selepas dua tahun jalinkan hubungan rahsia.
Sebelum ini, sudah beberapa kes khalwat dikongsi oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Terbaru, penguatkuasa JAINJ mencekup pasangan yang terdiri daripada isteri orang dan lelaki bujang muda.
Lelaki cuba lari, tapi gagal
Pasangan ini kantoi berdua-duaan di sebuah inap desa terletak di Batu Pahat kira-kira jam 11.30 pagi.

Menurut JAINJ, pasangan tersebut tiba dengan menaiki kereta sebelum berpura-pura sebagai suami isteri untuk mendaftar masuk inap desa berkenaan.
Homestay dah tak selamat, isteri orang ditangkap dengan lelaki bujang. Setelah serbuan berterusan Penguatkuasa JAINJ di hotel-hotel, homestay pula dianggap tempat selamat yang tidak dikacau untuk bermesyurat dengan skandal.
Ketika serbuan, pasukan penguatkuasa mengetuk pintu lebih 10 minit sebelum akhirnya ia dibuka. Sebaik melihat penguatkuasa di depan pintu, lelaki itu cuba lari namun gagal.
Hasil soal siasat mendedahkan mereka telah menjalinkan hubungan terlarang sejak dua tahun lalu tanpa pengetahuan suami wanita berkenaan.
Lelaki turut enggan memberikan kerjasama untuk dibawa menaiki van ke balai polis. Penguatkuasa memberi kata dua untuk membuat laporan satu lagi kesalahan iaitu menghalang tugas penguatkuasa. Dia akhirnya mengaku kesilapan besar yang dilakukan kerana skandal berani matinya membabitkan isteri orang yang boleh memboboskan rumahtangga.
Pasangan itu bakal didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 yang membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun, atau kedua-duanya sekali.
Pssttt! Kisah seperti ini memang mengejutkan kerana ia bukan sahaja menjejaskan maruah diri, malah meruntuhkan institusi keluarga. Semoga ia jadi pengajaran buat semua agar tidak mengkhianati amanah perkahwinan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
