Connect with us

Oh! Media

Isteri Hilang Sehari Lepas Nikah, Rupa-Rupanya Menyorok Rumah Bekas Kekasih

pengantin

Oh! Tidak

Isteri Hilang Sehari Lepas Nikah, Rupa-Rupanya Menyorok Rumah Bekas Kekasih

Kecoh di Indonesia mengenai kehilangan pengantin wanita dikenali sebagai Anggi Anggraeni sehari selepas majlis akad nikah pada 25 Jun lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: 13 Tahun Bertahan Dengan Biawak Hidup, Tiba-Tiba Suami Lari Ikut Kekasih Baru Kenal 3 Bulan

Suaminya, Fahmi bagai nak gila mencari isteri sehingga dia terpaksa membuat hebahan di media sosial pada 4 Julai.

pengantin

Difahamkan, Fahmi membuat laporan polis pada hari kelapan isterinya hilang selepas buntu mahu mencari di mana lagi.

Anggi hilang setelah izin ke luar untuk membeli ayam geprek yang telah dipesan via ojek online.

Menurut Fahmi, dia dan isteri berkahwin selepas lima bulan berkenalan. Dia mengakui bernikah atas dasar suka sama suka bukannya paksaan.

isteri lari

Namun, perkahwinannya musnah selepas Fahmi mendapat tahu isteri rupa-rupanya lari ke rumah bekas kekasihnya di Bandung.

Pihak polis berjaya menjejak lokasi isterinya itu pada 7 Julai, tiga hari selepas laporan dibuat.

Saudari AA berada di Bandung bersama mantan kekasihnya yang ada di Jakarta dan baru kembali ke rumahnya di Rancabungur pada hari Sabtu tanggal 8 Juli 2023.

Sangat kecewa, Fahmi terus menceraikan isterinya di balai polis bersaksikan beberapa orang anggota.

Orang ramai yang mengikuti kisah itu bersimpati dengan nasib yang menimpa Fahmi. Mereka menjadi saksi bagaimana Fahmi mencari di segenap tempat termasuk meminta bantuan orang ramai di media sosial.

Kredit: Liputan6

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas