Connect with us
suami

Oh! Tidak

13 Tahun Bertahan Dengan Biawak Hidup, Tiba-Tiba Suami Lari Ikut Kekasih Baru Kenal 3 Bulan

Di Facebook, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila suaminya lari bersama skandal yang baru dikenalinya selama 3 bulan.

Kongsinya lagi, selama 13 tahun berkahwin, dia simpan erat aib suaminya dan sanggup memaafkan walaupun sudah berkali-kali kantoi curang.

IKLAN
suami

Namun, dia tak sangka inilah balasan yang diberikan suami kepadanya. Lebih mengejutkan lagi apabila suami didakwa menjual kereta yang dibelinya dengan titik peluh.

Kau bawak duit semua 1 sen pun kau tak tinggalkan isteri mu. Sampai kau jual kereta isteri mu, duit keringat isteri mu selama ini semata mata belikan kau kereta. Kau buat aku bergini ya Allah.

Selama berkahwin, dia bekerja keras mencari rezeki siang dan malam manakala suaminya pula tak bekerja. Suami juga dikatakan sering berhutang dengan orang dan menjaja nama isteri kononnya memerlukan wang.

Dengan penuh rasa kecewa, wanita ini mahu suaminya melepaskan dengan cara baik bukannya digantung tidak bertali.

Perkongsian penuh:

suami

Kredit: Facebook Fika Fika

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas