Oh! Tidak
Ibu Tergamak Tinggalkan 5 Anak Demi Suami Baharu, Termasuk Anak OKU
Tak pernah terbayang apabila seorang ibu tergamak membuang anak kandungnya sendiri hanya kerana mahu mengikut suami baharu.
Itulah kisah yang dikongsikan Marina Ibrahim, ADUN Skudai di mana lima orang kanak-kanak termasuk seorang anak OKU kini di bawah jagaan nenek mereka dan hidup serba kekurangan.
Anak-anak hidup tanpa pendidikan asas…
Difahamkan hanya anak sulung sahaja yang bersekolah manakala anak-anak lain tidak memiliki sijil kelahiran. Ibu kepada anak-anak ini memberitahu Marina bahawa suami baharunya sudah enggan menjaga anak-anak sejak sebelum mereka berkahwin.
Sikap tidak bertanggungjawab ini menimbulkan masalah kepada anak apabila hidup serba kekurangan, tambah pula bapa mereka juga difahamkan tidak bekerja dan tidak menyalurkan bantuan kewangan.
Kesemua anak-anak ini berusia tiga hingga 10 tahun manakala anak OKU itu berusia enam tahun.
Kebetulan ketika saya mengunjungi kediaman keluarga itu, ibu berkenaan pulang dari Perak. Saya bertanya kepadanya sejak bila suami baharunya tidak mahu menjaga anak, dia menyatakan sebelum berkahwin.
Nenek bersusah payah jaga dan sara cucu…

Nenek kepada kanak-kanak ini, dikenali sebagai Kath, 44, mengambil alih tanggungjawab menjaga cucunya sejak anaknya bercerai.
Beliau bergantung kepada pendapatan sekitar RM500 sebulan hasil jualan tisu dan bantuan JKM untuk menyara mereka, terutama setelah suaminya menjalani pembedahan jantung.
#OhmediaNasihat
Dalam kehidupan, tanggungjawab terhadap keluarga tidak boleh diabaikan demi kebahagiaan peribadi. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat kita semua untuk tidak mengabaikan anak-anak dalam apa jua keadaan. Bagi yang lebih berkemampuan, hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan di sekeliling kita.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM