Connect with us

Oh! Media

“Ibu Reda Dengan Pemergianmu…”- Ibu Arwah Zaharif Kongsi Luahan Hati, Undang Sebak Warganet

Zaharif

Oh! Tidak

“Ibu Reda Dengan Pemergianmu…”- Ibu Arwah Zaharif Kongsi Luahan Hati, Undang Sebak Warganet

Genap 13 hari insiden seorang pelajar tingkatan lima meninggal dunia berhampiran sekolahnya selepas dilanggar oleh suspek yang merupakan anggota polis.

ADVERTISEMENT

Terbaru, ibu kepada adik Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi berkongsi beberapa keping foto bersama arwah dan keluarga.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Mimijulia berkata dia baru saja mempunyai kekuatan untuk membuka semula perniagaannya, Restoran Mimiz selepas 13 hari pemergian anaknya itu.

zaharif

Malah, Mimi turut menyatakan dia reda dengan pemergian arwah Zaharif dan memaafkan si pelaku kerana tidak mahu berdendam.

Muhammad Zaharif Affendi harini genap 13 hari adik mat tinggalkan ibu, hari ini juga Allah bagi kekuatan dekat ibu dan abah untuk kembali menjemput rezeki di kedai kita “Restoran Mimiz”.

Ibu dan abah cuba sibukkan diri tapi ibu tak kuat. Sayu hati ibu bila terpandang tempat kejadian, terbayang bayang kesakitan yang adik mat alami. Kalau boleh ibu nak gantikan kesakitan adik mat tapi apakan daya Allah lebih menyayangimu nak.

Sungguh bertapa rapuhnya hidup kita, kematian tak mengira masa, situasi, muda ataupun tua. Tiada sesiapa yang dapat menduga saat kudrat dan kesihatan yang baik tiba-tiba ajal datang menjemput.

Ibu redha dengan pemergianmu, hidup ibu dan abah juga hanya tinggal saki baki yang ibu sendiri tidak tahu bila ia akan berakhir. Sememangnya kadang-kadang hati ibu rasa kecewa, sakit hati, sedih dan marah pada si pelaku tapi ibu kuatkan hati untuk memaafkan saja. Ibu tidak mahu berdendam kerana itu lebih menyakitkan.

zaharif

Ibu berjanji untuk menjadi orang yang memberi manfaat pada orang lain, ibu berjanji untuk bahagia dan membahagiakan orang lain kerana ibu tidak tahu bila saat ibu akan pergi menghadap si dia. Tunggu ibu disana ya sayang.

Ibu redha dengan perpisahan kita, moga kita bertemu di syurga Allah….Amin Ya Rabb. Ibu doakan semoga kematian adik mat merupakan kematian yang husnol Khotimah. Bersih dari dosa, pulang dari menuntut ilmu dan berniat pula nak bersolat jumaat.

Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan buat ibu dan abah. Semoga Allah angkat doa-doa seluruh rakyat Malaysia buat adik mat dan keluarga kita.

Salam perpisahan buatmu Muhammad Zaharif Affend Bin Muhd Zamrie.

Insiden tragis yang telah menimpa keluarga arwah Zaharif sememangnya telah mengundang sebak pada rakyat Malaysia.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati pada keluarga arwah dan turut mendoakan agar ibunya diberi kekuatan.

Zaharif

Zaharif

Difahamkan, mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan pada bahagian dada dan abdomennya.

BACA: Ini Keputusan Ujian Air Kencing Polis Langgar Pelajar Sekolah, PDRM Nafi Lindungi Suspek

Sebelum ini, pihak polis telah mengesahkan keputusan ujian saringan air kencing pegawai kanan polis kes langgar budak sekolah didapati negatif dadah.

Kredit: TikTok Mimijulia01

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Haih netizen ni ada je tak puas hati kan? Dorang pun dah buat yang terbaik untuk mereka. Jangan lah batu api lagi #AlifTeega #AisyahHijanah #OhTrending

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

  • Zaharif
  • Zaharif

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas