Connect with us

Oh! Media

Ibu Dan Dua Anak Maut Tergant*ng Di Kipas, Polis Tahan Suami Untuk Disiasat

maut

Oh! Tidak

Ibu Dan Dua Anak Maut Tergant*ng Di Kipas, Polis Tahan Suami Untuk Disiasat

Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan berhubung kes penemuan mayat seorang wanita dan dua anaknya yang ditemui maut tergantung di kipas sebuah rumah.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim mengesahkan Balai Polis Lenggeng mendapat panggilan telefon mengenai kejadian daripada seorang lelaki.

Sekadar gambar hiasan

Lelaki dalam panggilan yang dibuat pada 9.25 malam tadi memberitahu ada seorang wanita dan dua kanak-kanak ditemui mati di sebuah taman perumahan.

Pihak polis segera ke tempat kejadian dan mendapati wanita berumur 34 tahun dan dua kanak-kanak perempuan berusia tiga serta enam tahun mati tergantung di kipas.

Susulan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Nilai membuat tangkapan ke atas suami si mati kira-kira jam 1 pagi tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Permohonan reman dipohon di Mahkamah Majistret Seremban pada pagi ini dan reman dibenarkan selama empat hari bermula hingga 23 Februari depan.

Di tempat kejadian, pihak polis turut menemui nota tulisan si mati memaklumkan dia berdepan dengan masalah rumah tangga.

Mayat ketiga-tiga mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban untuk bedah siasat.

BACA: Budak Lelaki Maut Didera Ibu Bapa Saudaranya Sendiri

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas