Connect with us

Oh! Media

Ibu Bapa Berjimak Depan Anak Kecil? Ini Sebab Pentingnya Asingkan Tempat Tidur

tempat tidur anak

Oh! Tidak

Ibu Bapa Berjimak Depan Anak Kecil? Ini Sebab Pentingnya Asingkan Tempat Tidur

Apabila si anak sudah mencapai usia mumayyiz, adalah sangat penting untuk ibu bapa mengasingkan anak daripada tempat tidur.

ADVERTISEMENT

BACA: Hukum Anak Lelaki Dan Perempuan Tidur Sebilik

Ini untuk menjaga privasi selain mengelak daripada terdedahnya aurat ibu bapa kepada anak-anak.

Seperti perkongsian saudara Akhi Fairuz Al-Jengkawi, ramai dalam kalangan anak-anak mengaku trauma terlihat ibu bapa melakukan hubungan seksual di depan mata.

Buktinya, di ruangan komen satu perkongsian di TikTok, ramai yang menceritakan kisah di zaman kanak-kanak masing-masing.

Cuba baca komen-komen yang saya screenshot tu. Menakutkan! Semuanya hadapi pengalaman yang sama. Curi-curi dengar, pura-pura tidur, tetap terdengar walau telah cuba tidur, macam-macam!

Ada juga terpaksa tidur sambil mendengar muzik untuk mengelakkan diri daripada mendengar suara-suara ghairah yang tidak sepatutnya.

Tambah saudara Akhi Fairuz lagi, bagi ibu bapa yang beragama Islam, panduan mengasingkan tempat tidur adalah sangat dititik beratkan.

Ujarnya, anak perlu meminta izin untuk masuk ke bilik ibu bapa pada tiga waktu iaitu sebelum subuh, tengah hari dan selepas isyak untuk menjaga pandangan mata.

Perkongsian penuh:

Kredit: Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas