Oh! Islam
“12 Hari Tu Je Ke Berjemaah?” – Ustaz Tegur Trend Pergi Umrah, Masjid Tak Datang
Oleh
Di TikTok, tular perkongsian video menunjukkan seorang penceramah iaitu Ustaz Mokhtar Yaakob menegur sikap masyarakat zaman sekarang yang menjadikan umrah sebagai satu ‘trend’.
BACA: Nurul Shuhada Dikecam Netizen ‘Review’ Jubah Ketika Tunai Ibadah Umrah
Tegur ustaz ini, ada yang sangat teruja dapat menunaikan ibadah di Mekah namun apabila berada di tanah air mereka langsung tidak ke masjid.
@propertyofulamak Tetamu Allah bukan hanya orang yang sampai ke mekah tapi juga yang dijemput ke cawangan rumah Allah yakni masjid #mekah #masjid #tetamuallah #kuliahustazmokhtar #ceramah #dakwah ♬ original sound – Property Of Ulamak Official
Dengan penuh rasa kesal, ustaz berkata ada yang balik kampung bercerita betapa seronoknya solat berjemaah di Mekah tetapi sunyi sepi apabila di negeri sendiri.
“12 hari itu je ke berjemaah?” soal ustaz.
Menerusi video perkongsian akaun TikTok @propertyofulamak, ustaz menceritakan situasi yang pernah berlaku kepada seorang mutawwif umrah.
Kata mutawwif, apabila berada di Mekah, ada jemaah yang bersemangat bangun seawal 3 pagi mengejutkan mutawwif untuk ke masjid.
Tetapi, bila dah naik kapal terbang, ustaz minta niat sembahyang jamak, ada antara kata nak qada solat. Baru naik kapal terbang, belum sampai ke kampung lagi. Tak pelik lah di kampung tiada yang datang solat jemaah.
Tegas ustaz, ini membuktikan walaupun sudah menjejakkan kaki ke Mekah, ramai yang belum mendapat hidayah Allah SWT.
Kredit: TikTok @propertyofulamak
