Connect with us

Oh! Media

Hujahan Kes Zahid Hamidi Ditangguh, Peguam Diserang Gout Ketika Prosiding?

Trending

Hujahan Kes Zahid Hamidi Ditangguh, Peguam Diserang Gout Ketika Prosiding?

Penghujahan bagi kes Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa melakukan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram ditangguh Mahkamah Tinggi harini. Apa kes pula ni?

ADVERTISEMENT

BACA : Zahid Hamidi Mohon Pasport Dipulangkan, Pergi Ke Jerman Untuk Rawatan

Menurut laporan Kosmo, peguam yang mewakili Zahid Hamidi iaitu Hamidi Mohd. Noh diserang sakit gout sebelum memohon penangguhan kerana tidak dapat menahan kesakitan dan tidak mampu berdiri lama apabila ingin menyampaikan hujah pembelaan.

Pada pukul 11 pagi, prosiding telah bermula dan Hamidi sempat berhujah selama 10 minit sahaja sebelum meminta perbicaraan ditangguhkan.

Dengan alasan itu, pihak pendakwaan tidak membuat pembantahan penangguhan dan perkara ini dimaklumkan sendiri Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran.

Ketika prosiding berlangsung selama 10 minit itu, Hamidi sempat menghujah pertuduhan yang dikaitkan dengan cek-cek Yayasan Akalbudi bukan dibawah penguasaan Ahmad Zahid, tapi ianya adalah dalam penguasaan bekas Setiausaha Eksekutifnya, Mejar Mazlina Mazlan.

Penyakit kalau nak datang memang tak kira masa. Apapun, semoga cepat sembuh lah ya.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas