Connect with us

Oh! Media

Hina Anak Najib Razak Di Twitter, Pegawai Perubatan Ditamatkan Kontrak

Oh! Tidak

Hina Anak Najib Razak Di Twitter, Pegawai Perubatan Ditamatkan Kontrak

Dulu pernah muncul satu berita sensasi di mana bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dimasukkan ke hospital sebelum menjalani proses tahanan di Penjara Kajang.

ADVERTISEMENT

BACA: KKM Sahkan Najib Dalam Keadaan Sihat, Anak Najib Didakwa Menipu?

Namun begitu, seorang pegawai perubatan dikatakan telah bertindak keterlaluan apabila mengeluarkan kenyataan kesat di media sosial kepada anak perempuan Najib iaitu Nooryana Najwa.

Dalam satu ciapan, pegawai perubatan ini mendakwa Nooryana berbohong mengenai rekod kesihatan bapanya.

Tindakan tatatertib

Terbaru, seorang pengguna Twitter memuat naik perkembangan terbaru memaklumkan bahawa pegawai perubatan tersebut telah diambil tindakan tatatertib oleh bahagian Pengarah Hospital Kuala Lumpur.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menamatkan perkhidmatan kontrak pegawai berkenaan sebagai Pegawai Perubatan Gred UD41 yang berkuatkuasa mulai 11 November 2022 atas kesalahan membuat pernyataan awam yang boleh memalukan atau memburukkan nama Kerajaan (Peraturan 19(1)- Peraturan – peraturan Pegawai (Kelakuan dan Tatatertib) 1993). – Timbalan Pengarah Hospital

Sebelum ini, pegawai perubatan itu telah mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina mantan Perdana Menteri tersebut termasuk anak perempuannya, Yana Najib menerusi beberapa ciapan di Twitter.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas