Connect with us

Oh! Media

“Hidup Susah, Mati Pun Susah” – Fedtri Yahya Kongsi Keratan Akhbar Dedah Kos Kematian Cecah RM5,000

Oh! Tidak

“Hidup Susah, Mati Pun Susah” – Fedtri Yahya Kongsi Keratan Akhbar Dedah Kos Kematian Cecah RM5,000

Bermula 1 Julai yang lalu, kebanyakan harga barangan yang dijual di pasaran meningkat naik dan subsidi barangan seperti minyak masak juga ditarik balik.

ADVERTISEMENT

BACA: Mulai 1 Julai, Subsidi Minyak Dan Harga Siling Ayam, Telur ‘Dimansuhkan’

Kos urusan kematian juga meningkat?

Baru-baru ini, pengacara dan penulis lirik terkenal, Fedtri Yahya ada memuat naik satu ciapan menerusi akaun Twitternya.

Menerusi ciapannya itu, Fedtri memuat naik satu gambar potongan akhbar dengan tajuk ‘Kos Mati Juga Semakin Mahal’.

Menurut keratan akhbar itu, seseorang muslim yang tidak menyertai mana-mana khairat kematian perlu menyediakan wang sekurang-sekurangnya RM2,000 hingga RM5,000 bagi menampung kos pengurusan kematian mereka.

Itulah pentingnya khairat kematian

Perkongsian Fedtri di Twitternya itu mendapat respon dan menjadi bualan dalam kalangan netizen. Rata-rata mereka mula risau dan resah dengan berita itu serta ada juga yang menasihatkan untuk menyertai program khairat kematian bagi memudahkan urusan membabitkan kematian.

Kredit: Twitter fedtriyahya

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas