Connect with us

Oh! Media

Mulai 1 Julai, Subsidi Minyak Dan Harga Siling Ayam, Telur ‘Dimansuhkan’

Subsidi Minyak

Trending

Mulai 1 Julai, Subsidi Minyak Dan Harga Siling Ayam, Telur ‘Dimansuhkan’

Mulai 1 Julai, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah memutuskan untuk tidak meneruskan harga kawalan siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak tulen untuk pek kemasan botol.

BACA: Tidak Puas Hati Harga Ayam Terus Naik, Netizen Luah Rasa Geram Pada KPDNHEP Di Twitter

Memetik laporan Kosmo, menteri Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan harga barangan tersebut dijangkakan akan meningkat dan ditentukan oleh pasaran.

IKLAN

Bekalan bahan makanan akan lebih stabil

Ayam pasar 650x406 1

Menurut Datuk Seri Alexander, tindakan ini dilakukan bagi memastikan bekalan bahan makanan dan harga pasaran akan lebih stabil untuk jangka masa yang panjang.

Kami jangka harga siling ayam akan naik selepas 30 Jun ini berbanding RM8.90 sekilogram ketika ini tetapi pihak industri telah memberi jaminan harganya tidak akan naik terlalu mendadak.

Saya dimaklumkan oleh pihak industri bahawa harga siling ayam sekilogram akan berlegar sekitar RM10 sekilogram. Saya tidak berani sahkan berapa harganya nanti kerana bila harga kawalan ditarik, harga akan diapungkan ikut pasaran.

Bagaimanapun, kami bagi jaminan kenaikan harga ayam tidak akan naik mendadak tapi jika ia berlaku, kami akan pantau dan gunakan peraturan sedia ada.

1813726

Menurut beliau, tindakan kerajaan mengawal harga siling ayam dan telur ayam sebelum ini telah menyebabkan herotan pasaran dan harga.

Subsidi bagi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol 2kg, 3kg dan 5 kg tidak akan diteruskan mulai 1 Julai, tetapi kerajaan masih meneruskan subsidi bagi minyak masak polibeg pada harga RM2.50 sekilo.

Makin hari makin mahal harga makanan di Malaysia. Yang kaya tak ada masalah, tetapi yang susah makin hari makin susah. Harap kerajaan boleh buat sesuatu untuk bantu rakyat yang benar-benar susah di Malaysia ni.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas